Sunday, December 9, 2007

Selepas 5 hari bersantai...

5 hari!!
Maksudku bersantai dari membuat aktiviti research dan elektif... sebenarnya tidaklah teruk sangat. Mana tidaknya, Rabu hingga Jumaat (5-7 Disember) - Program Retreat HKL 2008 di Petaling Jaya. Malamnya balik ke Banting ziarah emak & abah & jumpa adik-adikku kerana Sabtunya (8 Disember) - nak ke kenduri cukur jambul Nisa (Linda & Nizam) & bertunang Jaja Pak Ngah di Teluk Panglima Garang. Hari ni (9 Disember) baru nak bernafas sikit... itupun petang ni akan balik sekejap ke Springhill untuk ziarah emak & ayah dan ambil surat Dato' Shahrizat.
Fuh... log masa memang tidak tercatat, bila tidak tercatat tu cukup menggambarkan betapa aku memang melepak sakan kut... entahlah. Tapi antara lain, tiada akses internet yang mudah bila aku ke sana-sini tu. Tapi, kalau fikir-fikirkan dalam melepak sakan tu aku dah baca buku "Mengurus Stres" Dato' Fadzillah Kamsah, "Resipi Ekspress 30 minit" dan sedang membaca buku "Quran Saintifik" Dr Danial.
Dalam melepak sakan tu aku semakin yakin betapa pentingnya perancangan sehari-hari... sebab tanpa perancangan kita mudah 'hanyut' dalam aktiviti-aktiviti yang tak terancang. Memanglah kan! Terutamanya hantu buku macam aku... bila baca sambil berbaring-baring tu senang pulak terlena...!
Hari ni:
Kemaskini blog - cerita kerja dalam cuti dgn keluarga di ShahVillage, PJ.. dan buat log masa semula
Masak tengahari
Balik ke Springhill
Buat proposal elektif untuk Dr Ariffin - baca buku Occupational Medicine dulu
Insya Allah.

No comments: