Tuesday, December 11, 2007

QUADRANT 2 DAY

Entah kenapa, sepagian tak boleh online!
.
Hari ke HUKM disambut Malik yang memberitahu aku ada cek.. langkah kananlah tu. Dapatlah cek RM80.00 untuk laporan perubatan. Rezekilah tu namanya, sebab siapa nak bagi RM80.00 tiba-tiba aje. Alhamdulillah. Ke HUKM tu sebenarnya, untuk fax surat ke JKNS dan hantar pos ekspress surat kepada Dato’ Shahrizat.
..
Nampak notis Remeron Master Award pada 18 Disember 2007. Terasa debaran sebab mestinya kena bagi ucapan!
.
Balik dari HUKM, buat sedozen surat untuk dihantar ke syarikat-syarikat baru untuk research. Harap lebih mudah dengan sokongan daripada Canselor UKM, terima kasih banyak-banyak kepada ayah.
..
Bagus juga tak boleh online… sebab kadang-kadang internet is about distraction! Malam tadi aku teruja betul tengok fotopages Dr Mazni dari Jepun. K.Zila pun ada fotopages.. Menariknya fotopages ni mudah dapat response daripada kawan-kawan dalam internet.. fotopages akan sentiasa memberi update bila ada gambar baru diupload. Teruja jangan tak teruja! Tapi nasib baik baru baca buku pasal ‘Goal Setting’.. aku tak boleh ‘distracted’ sekarang. Fokus aku kenalah pada thesis dulu sebelum buat macam-macam tu…!
.
Petang; aku habiskan buat exercise dalam Enhancing Self Esteem. Hari ni juga habis baca bulu Less Stress.
.
GREAT! QUADRANT 2 DAY

No comments: