Thursday, December 13, 2007

Rasanya memang boleh kerja dari rumah!

LULUS SATU KRITERIA

Betullah... bekerja dari rumah sambil elektif dan membuat research ni walaupun sibuk dan ada stresnya yang tersendiri (stres kebanyakannya sebab membuat sampling untuk research di samping memikirkan dateline yang semakin dekat) tetapi jauh lebih seronok dari kerja secara 'konvensional'. Aku tetap kerja 8 atau 9 pagi hingga 5 petang. Lepas 5 petang rasa lega macam rasa bila dah habis kerja.. yeah, aku boleh buat apa-apa saje yang aku suka sekarang! Maknanya aku kira insyaAllah aku dah ada self-discipline yang jadi satu kriteria kalau bekerja dari rumah menjadi satu pilihan. Lulus satu kriteria! Setakat ini kerja-kerja pun alhamdulillah berjalan seperti yang dirancang. Mencapai target. Motivasi aku pun ok.. walaupun ada turun naik tapi tetap bertahan beb.

SERONOK KERJA DARI RUMAH...
Nina & Myra khusyuk menyediakan borang soalselidik...
Paling seronok kerja dari rumah ialah kerana anak-anak semua depan mata dan kita jadi 'boss' sendiri.

Nina, Zahra, Myra ringan tulang pulak tu.. seronok menolong aku menyediakan borang soalselidik.. memasukkan borang keizinan, sampul surat..
Hari ni Zahra ditugaskan menjaga El daripada menjadi 'Mat Kacau'.
.
.
KENAPA NAK KERJA SECARA KONVENSIONAL?
Selain dari sebab-sebab di atas kenapa kerja di rumah best, sebab lain ialah aku dapat selalu menulis dan update blog. Bagus sekali sebab aku memang suka menulis, suka ada diari dan aku suka kerana life journal is good for self improvement. Eh, senang hatilah... kenapa ya nak kerja secara konvensional juga?!

No comments: