SUBUH
Hari Isnin.. alangkah seronoknya tidak perlu bersesak-sesak dalam traffic jam ke Kuala Lumpur! Tarik selimut lagi... alamak! Tak boleh macam ni! Ikut rasa hati memanglah seronok betul bermalas-malas.. tapi tak boleh macam ni! Bangun, solat 6.45 pagi. Baca buku sambil baring-baring.. Sebenarnya baring-baring yang dijustifikasikan dengan baca buku! Tak boleh jadi ni! Bingkas bangun, buat sarapan 'hotdog'. Semua berselera makan... berbaloi sebenarnya buat sarapan untuk keluarga.. bukannya susah dan ambil masa yang lama. Setengah jam sahaja, semuanya dah tersedia. Banyak benda penting dalam hidup beres dalam masa yang singkat tapi kadang-kadang kita yang berdolak-dalih untuk melakukannya.
PAGIHari Isnin.. alangkah seronoknya tidak perlu bersesak-sesak dalam traffic jam ke Kuala Lumpur! Tarik selimut lagi... alamak! Tak boleh macam ni! Ikut rasa hati memanglah seronok betul bermalas-malas.. tapi tak boleh macam ni! Bangun, solat 6.45 pagi. Baca buku sambil baring-baring.. Sebenarnya baring-baring yang dijustifikasikan dengan baca buku! Tak boleh jadi ni! Bingkas bangun, buat sarapan 'hotdog'. Semua berselera makan... berbaloi sebenarnya buat sarapan untuk keluarga.. bukannya susah dan ambil masa yang lama. Setengah jam sahaja, semuanya dah tersedia. Banyak benda penting dalam hidup beres dalam masa yang singkat tapi kadang-kadang kita yang berdolak-dalih untuk melakukannya.
Lapor diri di Hospital Pakar Annur. Perlu fokus. Banyak yang berjaya kulakukan pagi ni.
TENGAHARI
Balik dan makan tengahari, rendang & tomyam dari Banting semalam (aku balik Banting untuk hadiri kenduri kahwin Amin). Abang kata 'seronok jugak kerja macam ni"... yalah, dekat dengan rumah.
PETANG
Ke perpustakaan dengan Nina, Zahra & El. Baca buku Enhancing Self Esteem (Ranjit Singh Mahli). Quadrant 2. Refresher. Dulu-dulu aku suka baca buku sebegini. Akhir-akhir ni aku mungkin terlalu sibuk dengan Quadrant 1, sampai terabai Quadrant 2.
MAGHRIBKawan abang, Jack (Fauzi) datang untuk beri penerangan tentang unit trust. Aku fikir memang sudah tiba masanya untuk aku membuat pelaburan kewangan. Takkan aku nak terus ketinggalan.
MALAM
Sempat masak sotong tumis rempah kari dengan masak lemak kobis. Setengah jam aje. Sedap hingga menjilat jari... Jadi, ingat, masak tu mudah. Aku kena ada mindset tu... sebab bila aku masak yang simple-simple memang hasilnya tetap menyelerakan kerana makan di rumah memang sedap. Makan di luar selalu bukannya best pun. Aku je yang kadang-kadang rasa.. 'alamak tak ada idea nak masak','alamak lecehnya nak masuk dapur...' tapi tidaklah seleceh mana pun. Macam satu rintangan aje nak bangun bergerak ke dapur. Masak itu mudah, kalau susah sikit pun anggap ia satu cabaran. Kata suka cabaran!? Masuklah dapur walau tak ada idea apa nak masak... insya Allah tercetuslah ideanya nanti bila di dapur. OK!
KESIMPULANNYA
Dalam suspennya aku menyiapkan thesis dan mengejar masa.. aku sebenarnya merasakan hidupku lebih bermakna.. dekat dengan keluarga, ada masa yang fleksibel, ada masa untuk diri sendiri. Hari Isnin ini memang berbeza.. satu permulaan untuk hidup yang lebih sempurna!
No comments:
Post a Comment