Sunday, January 13, 2008
Satu Perkelahan
Friday, January 11, 2008
Homestay di Kota Emerald
Syoknya tidur dalam air-cond.. di kedinginan kawasan yang menghijau...
di Homestay Kota Emerald, Rawang..
Bila pulak la nak ada orang datang homestay di Bandar Baru Bangi ni...?
Kenduri Di Gombak
.jpg)
Zahra, Nina, Husna, El, Afnan, Myra.. pengantin bangun aje, diaorang pun serbu duduk..
Alhamdulillah, kita sekeluarga bersepakat dapat beli hadiah yang besar sikit... he he.. lenguh juga An mengusungnya. Di atas permintaan ramai (Jia, Ain & An) inilah gambar hadiah tu... dalam gambar kecik ajelah ya..
Samsung 23L Microwave Oven M183GN
Selamat Pengantin Baru! Wah.. Mak Teh Sakina masih laku sebagai pengapit nampaknya...
Thursday, January 3, 2008
Hari Pertama Ke Sekolah untuk Humaira & Cikgu Annajiha
.jpg)
.jpg)
El bergaya dengan cekodok bilis dan sepinggan sos tomato, sementara yang lain bergaya dengan beg merah jambu.
.jpg)
Semuanya bersekolah di Sekolah Sri Ayesha Islamic Montessory, Bandar Baru Bangi. Sekolah pilihan kami; sebab utamanya kerana anak-anak memang suka bersekolah di sana, Sri Ayesha juga menggabungkan kurikulum KBSR & JAIS bermula 8 pagi hingga 3.40 petang - sungguh memudahkan untuk keluarga yang bekerja, menitikberatkan ajaran Islam dan banyak menggunakan bahasa Inggeris dalam aktiviti seharian. Walaupun dari segi kemudahan fasiliti dan infrastruktur masih banyak ruang untuk penambahbaikan, apa yang penting pengisian dari segi modal insan yang ingin dititikberatkan. Ibu doakan semua anak ibu menjadi insan yang berguna, bijak-bijak, soleh & solehah.
Wednesday, January 2, 2008
Selamat Datang 2008 & terkenang semasa dulu...
Hari pertama 2008, kita sambut dengan jamuan laksa penang kegemaran keluarga. Seperiuk besar, habis dimakan berulang kali dalam sehari. Memasak sekarang macam menjadi satu hobi! Bukan apa, anak-anak tengah seronok dan sedap makan, jadi menyediakan makanan dan tengok anak-anak makan menjadi satu kepuasan. Walaupun cuti, aku tidak boleh tinggalkan tugasan research seratus-peratus, tetap kena sentuh juga. Biar sedikit jangan tak buat langsung! Alhamdulillah, sepanjang hujung minggu dan cuti tahun baru aku dah study CISS, JCQ, WFC & FWC iaitu semua soalselidik yang digunakan dalam research.
- Cerita aku yang kedekut tak bagi kawan air minuman bekal (sebab dia budak lelaki) selepas Pendidikan Jasmani (PJ) tapi tengok-tengok lepas tu air aku tumpah semuanya!
- Cerita ada orang pekenakan aku dengan letak beberapa ekor ulat beluncas dalam meja. Yang kelakarnya waktu tu aku tidak terfikir langsung yang ada orang nak pekenakan aku. Aku ingat ulat tu berjalan sendiri dari akuarium di belakang kelas kerana aku duduk paling belakang sekali.
- Cerita aku pertama kali naik basikal ke sekolah waktu darjah tiga, kena naik basikal roda tiga ke sekolah sebab mak takut aku jatuh, walaupun aku dah pandai naik basikal! Habis kena usik budak-budak lelaki.
- Cerita aku main rumah-rumah di pokok getah dengan Ain & An. Ami masa tu kecik lagi. Setiap orang ada rumah sebatang pokok getah yang masing-masing akan bertenggek di atasnya dan masak-masak, jalan-jalan rumah orang, tengok kera bergayut. Lepas pokok getah ditebang, pindah pulak ke pokok mangga depan rumah. Permainan berakhir bila terasa diri dah besar dan malu nak memanjat-manjat tepi jalan...
- Cerita mengutip setem di atas loteng rumah kayu atuk & nenek dan lepas tu jadi pengumpul setem kononnya. Terjumpa surat yang Pak Uda tulis kepada Mak Lang yang berada di Mekah dengan nenek dan atuk, beritahu "Kak Minah sudah selamat lahirkan anak perempuan, namanya... (nama aku la)."
- Cerita Pak Uda kena sengat ikan keli waktu tangkap ikan dalam parit yang diempang untuk buat jambatan baru yang ada kelongkong. Cerita haiwan-haiwan yang banyak berkeliaran waktu aku kecil; cicak kobeng yang boleh terbang, burung but-but, burung ayam-ayam, tenggiling, undur-undur bawah rumah... dah nak pupus agaknya semuanya. Cicak kobeng tu mesti dah pupus terus! Undur-undur tu pun wujud lagi ke sekarang?!
- Cerita atuk dengan senapang patahnya, macam satu pertunjukan bila atuk menembak biawak yang mencuri telur ayam.
Wednesday, December 26, 2007
Dr. Anhar Hafiz
Apit dan kawan-kawan.
Apit... all the best.
Kalau murah rezeki sampailah kita ke Jordan untuk konvokesyen Jun depan. Amin.
Tuesday, December 25, 2007
Cikgu Annajiha
.jpg)
.jpg)
Kota Emerald Ami & Sakina
Seronoklah Nina, Zahra, Myra & El. Berulang-kali pergi ke taman.
Gambar dalam rumah - Sakina tak bagi ambik sebab belum siap kemas lagi. Tapi ada sofa baru you, fella design you. Gambar tuan punya rumah... nanti kita upload dalam post yang lain ya.
Cadang nak balik lepas asar, akhirnya jadi lepas Isyak. Sempat makan KFC lagi sebelum balik, Ami belanja la. TV plasma baru tak sampai lagi waktu kitorang semua balik... miss la Sehati Berdansa. He he...
Tak sabarnya nak tunggu house warming. He he... aku ni yang dah 9 kali pindah rumah tak pernah buat house warming pun ya! Kuang kuang...
Monday, December 24, 2007
Qurban Aqiqah Lembu Putih & Cukur Jambul Naufal Ikmal
Untuk kenduri cukur jambul malamnya, menunya daging masak palembang, ayam goreng berempah, ayam masak kurma, sambal tumis udang, acar mentah nenas & timun dimakan dengan nasi hujan panas. Sebahagiannya ditempah khas dari katering kampung. Dah semakin maju masyarakat kampung aku ni...
Hati teruja lagi melihat Naufal & Ikmal bercukur jambul... dah lama betul El bercukur jambul! Dah tiba masanya El ada adik ni...:)
Abah mencukur jambul Naufal yang tetap syok tidur walau apa pun yang berlaku di sekelilingnya. Sementara Ikmal yang baru terjaga dari tidur tertanya-tanya "mimpikah aku?"
Tapi, paling best tengok bapak-bapak dan mak-mak budak berebut kutip gula-gula & syiling. Terutama si baju boria biru tu - bapak & mak Ayuni/Afendi, bapak & mak Irdina/Hakimi. He he he...
Sunday, December 16, 2007
Homestay @ Bukit Jati (Ain & Asri), 14 Dis 07
EL 'MENGHITUNG HARI'.jpg)
Inilah suasana meriah di Homestay Bukit Jati. Wah, Ain, cantik rumah dalam gambar ni. "Memanglah" kata Ain :). Boleh masuk Anjung Seri.JEMPUTLAH HOMESTAY @ BBB
Saturday, November 24, 2007
Naufal
Ini gambar the proud parents of Naufal. Masa tu Naufal masih dalam perut ibu... Nama penuhnya Ahmad Fady Naufal. An telah bertungkus-lumus dalam proses menamakan anak sulungnya itu. Anak dalam perut tak keluar lagi sudah dipanggilnya Naufal, tapi bila lahir dia rasa macam nak tukar fikiran kerana sama pula dengan nama anak-anak orang lain yang dia kenal. Laa.. nak cari yang betul-betul lain dari yang lain, yang tak ada orang yang ada nama macam tu sampai bila pun tak bernama la anak An ni. (Aku rasa nama Dogol mungkin tak sama dengan nama orang?! Jangan marah ye..).jpg)