Friday, January 25, 2008
Detik Berharga
Friday, January 4, 2008
Kelas Mengaji Quran di Rhaudatul Aulad
.jpg)
Thursday, January 3, 2008
Hari Pertama Ke Sekolah untuk Humaira & Cikgu Annajiha
.jpg)
.jpg)
El bergaya dengan cekodok bilis dan sepinggan sos tomato, sementara yang lain bergaya dengan beg merah jambu.
.jpg)
Semuanya bersekolah di Sekolah Sri Ayesha Islamic Montessory, Bandar Baru Bangi. Sekolah pilihan kami; sebab utamanya kerana anak-anak memang suka bersekolah di sana, Sri Ayesha juga menggabungkan kurikulum KBSR & JAIS bermula 8 pagi hingga 3.40 petang - sungguh memudahkan untuk keluarga yang bekerja, menitikberatkan ajaran Islam dan banyak menggunakan bahasa Inggeris dalam aktiviti seharian. Walaupun dari segi kemudahan fasiliti dan infrastruktur masih banyak ruang untuk penambahbaikan, apa yang penting pengisian dari segi modal insan yang ingin dititikberatkan. Ibu doakan semua anak ibu menjadi insan yang berguna, bijak-bijak, soleh & solehah.
Wednesday, January 2, 2008
SOHO - Bulan 2 Hari 2 & Aktiviti Berkhemah
.jpg)
Wa.. bestnya.. empuk-empuk bantalnya dalam khemah tu!
Dapat banyak jurnal yang menarik.
Esok sekolah bermula!
Selamat Datang 2008 & terkenang semasa dulu...
Hari pertama 2008, kita sambut dengan jamuan laksa penang kegemaran keluarga. Seperiuk besar, habis dimakan berulang kali dalam sehari. Memasak sekarang macam menjadi satu hobi! Bukan apa, anak-anak tengah seronok dan sedap makan, jadi menyediakan makanan dan tengok anak-anak makan menjadi satu kepuasan. Walaupun cuti, aku tidak boleh tinggalkan tugasan research seratus-peratus, tetap kena sentuh juga. Biar sedikit jangan tak buat langsung! Alhamdulillah, sepanjang hujung minggu dan cuti tahun baru aku dah study CISS, JCQ, WFC & FWC iaitu semua soalselidik yang digunakan dalam research.
- Cerita aku yang kedekut tak bagi kawan air minuman bekal (sebab dia budak lelaki) selepas Pendidikan Jasmani (PJ) tapi tengok-tengok lepas tu air aku tumpah semuanya!
- Cerita ada orang pekenakan aku dengan letak beberapa ekor ulat beluncas dalam meja. Yang kelakarnya waktu tu aku tidak terfikir langsung yang ada orang nak pekenakan aku. Aku ingat ulat tu berjalan sendiri dari akuarium di belakang kelas kerana aku duduk paling belakang sekali.
- Cerita aku pertama kali naik basikal ke sekolah waktu darjah tiga, kena naik basikal roda tiga ke sekolah sebab mak takut aku jatuh, walaupun aku dah pandai naik basikal! Habis kena usik budak-budak lelaki.
- Cerita aku main rumah-rumah di pokok getah dengan Ain & An. Ami masa tu kecik lagi. Setiap orang ada rumah sebatang pokok getah yang masing-masing akan bertenggek di atasnya dan masak-masak, jalan-jalan rumah orang, tengok kera bergayut. Lepas pokok getah ditebang, pindah pulak ke pokok mangga depan rumah. Permainan berakhir bila terasa diri dah besar dan malu nak memanjat-manjat tepi jalan...
- Cerita mengutip setem di atas loteng rumah kayu atuk & nenek dan lepas tu jadi pengumpul setem kononnya. Terjumpa surat yang Pak Uda tulis kepada Mak Lang yang berada di Mekah dengan nenek dan atuk, beritahu "Kak Minah sudah selamat lahirkan anak perempuan, namanya... (nama aku la)."
- Cerita Pak Uda kena sengat ikan keli waktu tangkap ikan dalam parit yang diempang untuk buat jambatan baru yang ada kelongkong. Cerita haiwan-haiwan yang banyak berkeliaran waktu aku kecil; cicak kobeng yang boleh terbang, burung but-but, burung ayam-ayam, tenggiling, undur-undur bawah rumah... dah nak pupus agaknya semuanya. Cicak kobeng tu mesti dah pupus terus! Undur-undur tu pun wujud lagi ke sekarang?!
- Cerita atuk dengan senapang patahnya, macam satu pertunjukan bila atuk menembak biawak yang mencuri telur ayam.
Monday, December 17, 2007
SOHO - Hari 17
Sunday, December 16, 2007
Gotong-Royong Nak Balik ke Sekolah
.jpg)
Thursday, December 13, 2007
El dapat botol susu baru
manalah dia larat nak menghisap dari lubang yang kecik, sudahnya puting jadi macam bekas digigit tikus.
Inilah El, dengan bangganya... Botol susu tu pilihan El sendiri. Warna merah warna kegemaran El la kononnya tu...Resipi Ekspres Nina: Sotong Masak Sos NinZaMa
Inilah Sotong Masak Sos NinZaMaFirst first kena potong bawang dan cili
Lepas tu letak minyak dalam kuali, tunggu sampai panas
Lepas tu letak bawang dengan cili
Lepas tu letak sotong
Lepas tu tunggu sampai masak
Lepas tu letak sos tomato 3 sudu besar ( agak-agak la ikut banyaknya sotong)
Lepas tu letak sos cili 4 sudu besar
Lepas tu letak kicap 2 sudu besar
Lepas tu kacau-kacau
Lepas tu dah siap
Apa perasaan kakak Nina & kakak Myra lepas memasak? "Gembira la.."
Rasanya memang boleh kerja dari rumah!
Betullah... bekerja dari rumah sambil elektif dan membuat research ni walaupun sibuk dan ada stresnya yang tersendiri (stres kebanyakannya sebab membuat sampling untuk research di samping memikirkan dateline yang semakin dekat) tetapi jauh lebih seronok dari kerja secara 'konvensional'. Aku tetap kerja 8 atau 9 pagi hingga 5 petang. Lepas 5 petang rasa lega macam rasa bila dah habis kerja.. yeah, aku boleh buat apa-apa saje yang aku suka sekarang! Maknanya aku kira insyaAllah aku dah ada self-discipline yang jadi satu kriteria kalau bekerja dari rumah menjadi satu pilihan. Lulus satu kriteria! Setakat ini kerja-kerja pun alhamdulillah berjalan seperti yang dirancang. Mencapai target. Motivasi aku pun ok.. walaupun ada turun naik tapi tetap bertahan beb.
Nina, Zahra, Myra ringan tulang pulak tu.. seronok menolong aku menyediakan borang soalselidik.. memasukkan borang keizinan, sampul surat.. .jpg)
.jpg)