Showing posts with label SOHO. Show all posts
Showing posts with label SOHO. Show all posts

Thursday, February 7, 2008

Menghantar thesis satu kepuasan

Seminggu terakhir sebelum menghantar thesis; semacam makan thesis, minum thesis, tidur thesis... sungguh meletihkan.

Apa tidaknya, beberapa hari lagi nak hantar, dah agak-agak 80% siap, pensyarah mencadangkan aku perbaiki susunan thesis supaya lebih 'cemerlang'. Dah boleh lulus, katanya. Tapi dia tahu aku macamana, kalau masih ada ruang untuk memperbaiki, takkan nak dibiarkan. Jumpa pensyarah lain pula tentang statistik... dia minta aku tukar nonparametric analysis kepada parametric analysis, kerana aku nak gunakan linear regression untuk membuat kesimpulan tentang penemuan penyelidikan. Bayangkan, beberapa hari lagi nak hantar thesis aku terpaksa buat reanalyzing semua data semula!

Buat editing, susun mukasurat dan setelah bertungkus-lumus.. akhirnya sedia untuk diprint pada pagi Ahad, 3hb Februari, 10.30 pagi. Merdeka!

Hantar untuk binding... dan apa lagi.. selepas itu keluar shopping! Pergi Warta. Pergi Alamanda. Tengahari makan di Pizza Hut, Warta. Malam di kedai kegemaranku; Chicken Rice Shop, Alamanda. Hmmm.. nyum nyum ... Kerabu mangga & pai tee yang memang best sangat.

Beli baju 3 pasang, beli kasut, beli permainan anak-anak... abang pun tumpang sekaki beli baju 3 pasang dan seluar sepasang tu! Tak apa... I deserve it. They also deserve it. We need to reward ourselves when we know we have achieved something!

Satu pencapaian yang manis, siap penyelidikan dan menulis thesis dalam masa 2 bulan.. suatu yang tidak dapat dilupakan. Bila siap thesis ni dan menghampiri berakhirnya pengajianku, dengan melalui segala cabaran yang hebat dan kesukarannya yang kadang-kadang tak terucap; dengan penat lelah dan bertungkus-lumusnya... insya Allah aku tahu.. apa pun cabaran dan kesukaran yang akan datang selepas ini, insyaAllah akan dapat kuhadapi!

Habis thesis.. berakhirlah SOHO; berakhir posting elektif yang boleh bekerja dari rumah ni! Kembalilah aku ke 'tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat tidurku sewaktu oncall' - HKL!

Saturday, January 26, 2008

Hari-hari terakhir sebelum hantar thesis

Malam ni memang macam-macam aku rasa... pening ada, loya ada, tak laratnya nak menengok thesis ni hari-hari... Kawan-kawan lain ada yang dah siap, Vincent dah bercuti ke Singapore, katanya "I dah tak perfectionist dah, dah hantar kat supervisor". Aida, beberapa hari lepas dah tulis acknowledgement. Salwa tengah tulis bahagian reference. Nampaknya memang aku yang terkebelakang, masih buat bahagian discussion.

Buat data analysis aje berhari-hari baru puas hati... Ni nak buat discussion pun, nak cuba buat as interesting as possible kononnya... Manalah tak meletihkan. Aku rasa aku meletakkan satu standard yang tinggi untuk diriku. Selalu begitu!

Buat ke sekian kalinya.. kena berkata begini lagi... "patah sayap kubertongkatkan paruh, gunung kudaki kudaki jua! Sampai di puncak segalanya akan jadi tak terasa! Walau apapun jua, aku perlu sampai di sana, setinggi yang kuimpikan. Bukan sekadar setinggi yang terdaya.. kerana terdaya itu relatif, sedang impian dan cita-cita, itulah satu yang objektif... dan aku sudah melihatnya, hanya perlu menggapainya, dengan segala yang ada... biar patah sayap ini, bertongkat paruh terus kudaki..."

Dengan izin Allah pastinya.

Ahad - Seminar Work Stress @ Crown Princess Hotel, I'll take a break from my thesis! Yeah!
Isnin - Siapkan discussion, study limitation, implication
Selasa - Polish up, jumpa supervisor
Rabu - Conclusion, References, List of table, figure
Khamis - Final editing
Jumaat - Print out

Aim: Hari Jumaat mesti siap. InsyaAllah. Alahai.. tinggal 4 hari lagi.. it's just a matter of time. Semoga Allah terus memberiku kekuatan. Menjelang hari-hari terakhir sebelum 4 Februari 2008..


Friday, January 25, 2008

Detik Berharga

Dalam hidup ni kita perlu stress tapi jangan sampai distress. Kalau hidup monotonous sahaja, terlalu rutin dan tiada keterujaan pun memang tak seronok.

Tapi apapun hidup mesti terurus, makan minum dan tidur mesti terurus sebab itu keperluan hidup yang asas sekali. Kalau tidak, mesti ada kesannya.

Malam tadi aku boleh tak tidur kecuali sepicing dua! Tak pernah lagilah buat begitu sepanjang menyiapkan thesis. Tapi, entah kenapa malam tadi rasa tak nak berhenti sebab seronok betul menganalisis data sampai tak terasa nak tidur. Tak terasa dah pukul 5 pagi.... Waktu tu, tengok sedap betul El tidur di karpet sebelah meja komputer temankan ibunya yang yang bertungkus-lumus di depan komputer - barulah aku cuba merebahkan badan seketika. Bangun setengah jam lepas tu solat subuh dan tiba-tiba aku rasa tak berdaya nak buat apa-apa... terus tidur sampai pukul 10 pagi.

Bangun-bangun, terpa komputer lagi.. tak terasa lapar pun. Mandi pun, nanti dululah! Tiba-tiba dah pukul 2 petang. Hah!?

Aku ni dah jadi terlampau fanatik nak menghasilkan my ground-breaking thesis apa!? Apa sudah jadi ni!?

Tidak mungkin berterusan begini, lepas beberapa hari, aku mesti jadi tak normal!! He he..

Jadi, aku pun berhenti, mandi.. dan terasa segar dan 'hidup' kembali. Keluar, ambil Nina, Zahra & Myra dari sekolah. Dah berapa hari aku biarkan aje budak-budak tu balik naik van walaupun aku ber'SOHO' di rumah... Teringat cerita Mak Wan, dia tak boleh lupa seronoknya waktu anak-anaknya kecil, semua di depan mata... riangnya anak-anak, senyuman mereka bila nampak kereta kita tiba di laman sekolah, disambung dengan berebut-rebut bercerita semasa dalam kereta.. saat-saat itu takkan selamanya begitu.... ia akan berlalu, tanpa kita menyedarinya.

Memang aku tak sabar tunggu hari 'merdeka' ku.. tapi sekali-kali aku tak akan korbankan kualiti thesis yang aku sediakan. Biar lambat sikit siap, tapi mesti puas hati. Dan aku juga tidak mahu lagi 'terlalu tak tentu arah' sampai mengorbankan perkara-perkara lain yang juga penting dalam kehidupan! Detik-detik berharga bukan selama-lamanya ada...

Walau tak sabar nak siapkan thesis.. tapi hati terasa sedih, sebab selepas hantar thesis, aku kan kembali masuk kerja macam biasa. Tiada lagi SOHO.. tiada lagi mencari-cari kelibat anak-anak yang melambai-lambai di pintu sekolah.

Wednesday, January 23, 2008

Dihambat kesibukan

Sedar-sedar dah seminggu tak berkunjung ke blog sendiri. Sungguh-sungguh dihambat kesibukan mengejar dateline thesis pada 4 Februari 2008. Tinggal 11 hari lagi... Selagi belum tiba tarikh tu bergelumanglah aku dengan data dan jurnal siang malam... berfikir, memerah otak... Memang 'no life'... anak-anak pun terpaksa bersabar berkurung di rumah walaupun di hujung minggu!

Thesis... is a contribution to knowledge. It is not easy to contribute one!

Tuesday, January 15, 2008

SOHO - Rezeki turun pelbagai bentuk

Masya Allah. Subhanallah. Setelah hampir 4 tahun buat postgraduate.. asyik-asyik buat journal search dalam EBSCO Host dan Ovid... baru-baru ni (sejak dalam seminggu dua minggu lepas) aku baru tahu aku ada access ke BlackwellSynergy dan SpringerLink.... dan hari ini sekali lagi, aku baru tahu aku ada access ke banyak lagi journal seperti ScienceDirect, JSTOR, Emerald... semuanya melalui HUKM Library Portal yang aku gunakan selama ini. Ini sesungguhnya akan sangat-sangat memudahkan usahaku menyiapkan thesis.

Kadang-kadang benda yang dah di depan mata pun kita boleh tak nampak... Bila aku dapat artikel-artikel tu, percuma.. dengan tajuk-tajuk menarik, terasa macam betul-betul dapat durian runtuh! Bagiku, ini adalah satu penemuan yang merupakan rezeki ilmu yang Allah turunkan. Alhamdulillah.

SOHO - Shocking Findings

Today I start my phase 2 research, telephone interview using diagnostic instrument MINI. Making diagnosis of depressive disorders from those who were screened positive for psychological distress.

Honestly, I am surprised. Indeed I am surprised. There are a lot of women over there who are suffering from depression. They struggled with their life. They still go to work, they juggle with their family life and other responsibilities. They need help. The whole afternoon; I made diagnosis, did some counselling and made an appointment to see them again in February. I find it unexpectedly tiring for me...

Saturday, January 12, 2008

SOHO - Data Analysis Yang Menggembirakan

Alhamdulillah syukur. Buat data analysis sepanjang hari ini.. Memang suspens betul... mengharap-harap dapat interesting finding, barulah seronok buat discussion.

Kelakarnya dah buat analisis, tak tau pulak nak baca apa maksudnya. Mula-mula aku ingat 'no association between work family conflict, family work conflict' - dan banyak lagi variabel dengan 'psychological distress'... oh, frust gitu... tapi belek-belek.. la salah tengok rupanya. Sebenarnya banyak significant finding p<0.05!

Setakat ini bivariate analysis menunjukkan memang 'psychological distress among married working women are associated with work family conflict'. So my hypothesis is correct! Terasa terubat penat lelah membuat research. Tapi, tak boleh suka-suka sangat... sampailah habis analisis semuanya, ada lagi multivariate analysis yang final. Insya Allah...

Friday, January 11, 2008

SOHO Bulan 2 Hari 11

Aku memang ada banyak perkara yang sangat-sangat kusyukuri. Syukur di atas pertolongan Allah. Sehingga kini sample collection berjumlah mencecah 300. Mula-mula Saiful datang dengan borang-borang terakhir dari semua tempat kerja yang terlibat. Kemudian sahabatku Juanita datang menghantar 20 borang dari PETRONAS dan cukuplah target sample aku.. seronoknya aku dapat borang-borang soal-selidik tu macam dapat durian runtuh! Ini pun sebahagian daripada rezeki yang Allah turunkan. Alhamdulillah kerana memakbulkan doa-doaku Ya Allah.

Bayangkanlah.. aku bermula dengan target sample 700, berdasarkan formula pengiraan saiz sampel untuk cluster sampling. Response rate serendah 40% mulanya membuat aku panik. Rupanya bila aku lihat jurnal-jurnal terdahulu, memang begitu dan sebenarnya aku yang tak tahu awalnya. Aku dapat banyak artikel yang kajian seumpama ini memang rendah response ratenya. Aku juga dapat artikel yang mengatakan response rate tak semestinya mempengaruhi keputusan ujian. Aku dah sangat bersyukur.

Dan lebih bersyukur lagi, bila aku teliti nota Dr Naing tentang pengiraan saiz sampel.. aku mendapat petunjuk bagaimana mengira saiz sampel bila ada resource limitation (eg. budget, time constraint). Aku tak perlu target keputusan yang sangat-sangat tepat. Sebelum ini aku tetapkan precision at 2%, maknanya keputusan yang aku dapat adalah begitu tepat dengan plus minus 2% sahaja. Untuk keputusan setepat itu aku perlu 300 responden kalau random sampling, tapi kena darab deff 2.0-2.6 untuk cluster sampling jadi aku perlu hampir 700 responden! Jadi aku pun hantar 700 borang dengan optimisnya untuk mendapat 100% response rate. Memang mustahil.

Sekarang aku naikkan kepada precision at 4%. Itu pun masih bagus juga. Ini menjadikan sample size yang diperlukan sekitar 126 sahaja. Oleh kerana aku menggunakan cluster sampling, darab deff 2.4 aku perlu 302. Jauhnya beza! Tapi aku dah edar 700 borang dan perlu buat justifikasi untuk buat claim! Jangan risau, Insya Allah, memang sepatutnya aku edar 700 borang kerana mengambil kira low response rate (40%). Aku memang kena target 700 sample sedari awal iaitu apa yang dipanggil oversampling yang mana dilihat sebagai satu perancangan yang bijak. Alhamdulillah, nasib baik aku target 700.. dapat 300. Walaupun dengan tak sengaja!

Jadi, InsyaAllah dan Alhamdulillah, semuanya sungguh cantik. Adequate sample size after recalculation. Adequate planning. Excellent knowledge! Aim the highest... because if you can't make it, you are still somewhere there!

Tuesday, January 8, 2008

SOHO Bulan 2 Hari 8

Hari ini key in data sepagian...
Hati masih tidak keruan. Biasa la tu... Dateline semakin dekat.
Petang kutip 3 borang dari kedai-kedai di depan rumah.
Hantar 4 borang ke taska dan sekolah mengaji berhampiran.
Aku terpaksa aim 300+ sahaja sekarang. Tak dapat mencapai target sample yang luarbiasa tu kerana low response rate.
Hope for the best, only with the help from Allah.

Monday, January 7, 2008

SOHO - Bulan 2 Hari 7

Sudah seminggu bulan kedua. Masa memang tidak pernah akan menunggu sesiapa. Hari ini diperuntukkan untuk key in data. Kalau boleh habiskan satu pagi. Alhamdulillah berjaya habiskan semua data menjelang tengahari. Lewat petang dapat banyak lagi borang soal-selidik. Tugasan esok ialah key in semua data. Insya Allah. Banyak yang nak kutulis sebenarnya di sini, tapi buat masa sekarang keadaan mungkin tidak begitu mengizinkan...

Friday, January 4, 2008

SOHO - Bulan 2 Hari 4

Berusaha dengan berdoa dan memohon kepada Allah agar ramai responden sudi menjawab soal-selidikku. RA sibuk dengan urusan kerjanya, sedangkan ada 20 tempat kerja yang belum dikutip sampelnya. Hantar email kepada Prof Arifin mengenai elektif. Lega sikit rasanya selepas menulis kepada Prof. Petang; peruntukkan masa untuk elektif. Salwa dah sampai di HUKM, mungkin minggu depan boleh jumpa Salwa & kawan-kawan dan berbincang apa yang patut. Fasa 2 pun tak mula lagi. Tapi.. oh, selagi belum buat data analysis untuk fasa 1.. aku masih banyak terkedu!

Thursday, January 3, 2008

SOHO - Bulan 2 Hari 3

  1. Pagi - ke sekolah dan ke imigresen
  2. Petang - baca literiture untuk persediaan buat analysis, discussion, study strength & limitation, recommendations for future research. Banyak lagi nak kena study terutama tentang statistics.
Selagi tak habis kumpulkan data aku memang tak keruan lagi! Satu perkara yang di luar kawalanku, apa yang telah kubuat ialah aku telah berusaha dan telah mengedarkan semua borang soalselidik sepertimana sepatutnya, iaitu 700 borang. Yang boleh kubuat sekarang ialah follow up dan berdoa banyak-banyak juga! Aku juga boleh mulakan fasa kedua seperti yang dirancang.
  • Aku telah pernah berjaya belajar dalam masa sebulan untuk part 1
  • Aku telah pernah berjaya menyiapkan protokol dalam masa sebulan
  • Aku telah pernah berjaya belajar dalam masa sebulan untuk part II
  • Insya Allah aku akan berjaya juga menyiapkan thesis ini dalam masa sebulan!

Wednesday, January 2, 2008

SOHO - Bulan 2 Hari 2 & Aktiviti Berkhemah



SOHO bermula dengan membuat sandwic sardin untuk sarapan.


Hari ni terasa sedikit kesayuan... kenapa ya, mungkin sebab esok sekolah dah nak bermula dan anak-anak akan ke sekolah semuanya! Mungkin kerana SOHO dah masuk bulan ke 2 dan semakin mendekati dateline thesis sedangkan masih banyak yang tak pasti dan belum beres lagi. Mungkin kerana aku belum berbuat banyak perkara untuk elektif.


Anak-anak nak bercamping hari ni, jadi semuanya sibuk sepagian memasang khemah di laman rumah. Berkhemahlah mereka berempat beradik sambil makan sandwic & biskut oreo... siap pasang kipas ke dalam khemah. Lepas tu tu bila dah letih dan mula bertengkar "El buat Ma", "Ma buat El" dan seumpamanya; masing-masing pun masuk ke dalam buat hal masing-masing tinggallah khemah tu tercongok di luar! Biasalah budak-budak..

Wa.. bestnya.. empuk-empuk bantalnya dalam khemah tu!


Sepatutnya anak-anak bercamping, banyaklah aku boleh buat... sayangnya kerja tergendala kerana tak boleh download dalam acrobat reader. Sedangkan kebanyakan literiture dalam acrobat! Rupa-rupanya sumber masalah ialah zone alarm. Disabled it and the problem settled.

Dapat banyak jurnal yang menarik.


Esok sekolah bermula!




Monday, December 31, 2007

SOHO - Hari 31

Sepagian mencari literiture tentang Job Content Questionnaire.

Lepas tu mencari literiture untuk menu tengahari. Plan hari ni nak habiskan sebotol madu lama kerana dah beli Madu Khaula yang baru. Madu lama tu tak ada jenama, itu tak kisah sangat tapi rasanya masam sikit. Jadi siaplah ayam masak madu adaptasi dari resepi di http://babysofea.fotopages.com/?entry=911771.

Bahan-bahannya adalah: ayam digoreng, sosnya adalah (bwg besar + bwg putih + halia + cili kering) kisar + serai titik + kayu manis, bunga lawang semua ditumis, masukkan sos cili + madu (2x ganda dari sos cili). Yang penting Nina, Zahra & Myra semua suka...

Banyak lagi literiture search yang perlu aku buat:
General health questionnaire
Work family conflict
Coping strategies
Social support

But it's something that I love to do.

Friday, December 28, 2007

SOHO - Hari 28

Semalam seronok sikit sebab dapat mengutip 31 borang soalselidik dari KK Bangi dan 4 dari perpustakaan. High response rate tu. Tempat lain tak pasti lagi.



Hari ni
  1. SOHO bermula dengan sarapan pagi yang simple
  2. Selepas itu membuang masa dengan mencari kad perpustakaan yang hilang. Ishh... ishh... masalah hilang barang ni tak habis-habislah. I have to do something about it.
  3. STOP mencari... key in 34 data dengan Nina. Time consuming juga... tak sangka lah time consuming. Aku kira bagi satu set soalselidik aku perlu 4 minit. 700 x 4 minit = 2800 minit = 47 jam = 6 hari bekerja. Maknanya aku perlu seminggu untuk key in data. Beres. Tapi bila fikir sehari aku perlu key in 100 borang, tak logiklah. Hari ni Nina banyak membantu, selesai tugas key in semua data yang ada.
  4. Study CISS
  5. Hantar ke susuibu.com
  6. Pulangkan buku perpustakaan
  7. SOHO berakhir dengan masak nasi goreng nenas.. best!

Semua borang yang lain hanya dapat dikutip pada 2 Januari. Jadi sepanjang hujung minggu aku akan hubungi peserta yang masuk ke fasa 2 untuk temubual dengan MINI. Cut off point 3/4. Setakat ini ada 6 orang. Cut off for psychological distress 11/12 - 16% of married working women experiencing distress.

Thursday, December 27, 2007

SOHO - Hari 27

Aku tak tahulah diri aku ni.. aku boleh berada dalam keadaan yang 'relaks' walaupun dateline untuk hantar thesis tinggal sebulan lagi! Orang lain dah buat data analysis!

  • SOHO bermula dengan memasak mee goreng mamak dan sarapan bersama keluarga.
  • Kemudian key in data dari 9am hingga 11.45am. Preliminary finding: 15% of married working women are having psychological distress (cut off 11/12 likert) or 7% (cut off 3/4 binary as in non-clinical samples)
  • Diikuti dengan mengenalpasti responden yang akan ditemubual dalam fasa kedua. Setakat ini ada sama ada 7 orang yang perlu kuhubungi (cut off 11/12) atau atau 9 (cut off 1/2) atau 3 (cut off 3/4)
  • Baca MINI & CISS.
  • Baca thesis senior (Thanks to Yanie)
  • Buat muka depan, abstrak & penghargaan
  • Studi GHQ - complicated rupanya... sehingga petang aku masih belum dapat membuat kesimpulan mengenai cut-off point yang sepatutnya digunakan! Ok.. at last, my findings: for GHQ 12, binary scoring is better but likert scoring is useful to assess severity. Better take 3/4 as cut off point as in literiture for non-clinical sample. Oh, less work in phase 2!
  • SOHO ada berehat tengahari dengan memasak ikan keli goreng berlada dan masak lemak taugeh. Sedap sungguh dimakan dengan sambal tempoyak cicah dengan bendi.
  • Ke perpustakaan pulangkan buku - tak jadi, kad perpustakaan hilang pulak! Tak habis-habis dengan kes barang hilang!
  • Ke susuibu.com - belum
  • Ke Hani bookstore - belum
Tak kusangka membuat literiture research tentang GHQ mengambil masaku dengan banyak. Tapi berbaloilah.. sebab memang maklumat tu sangat penting untuk research aku. Apapun cabaranku yang paling besar adalah mengutip sampel. Berapalah yang akan berjaya memulangkan semuanya. Masing-masing masih meminta tangguh ni...


Wednesday, December 26, 2007

SOHO - Hari 26

Pejam celik dah hampir sebulan! Seminggu kerja-kerja research agak terhenti kerana ramai yang bercuti panjang Hari Raya Haji sampailah cuti Hari Natal semalam. RA aku bertunang pulak tu... Tapi dari sudut positif, bagusnya SOHO ialah bila cuti, memang betul-betul cuti! Tak payah nak risau fikir banyak kerja kat 'pejabat' sangat.


Perancangan hari ini;

Cari buku untuk baucar RM1000 Remeron (hari ni internet sangat-sangat lembab.. menyebabkan aku mengambil masa yang sungguh lama di sini.. arghhh.. pukul 4.45 baru aku dapat email senarai buku tu!)

Hantar ke susuibu.com

Ambil dari Hani Bookstore

Key in data

Ambil borang yang dikutip dari RA

Hubungi responden untuk phase 2

Semua perancangan tergendala hari ni. Tapi aku bakal dapat buku-buku yang sungguh menarik..

  • Essential Pharmacology of Depression & Bipolar Disorder
    Stephen Stahl
    Singapore $58.85

    Essential Pharmacology: The Prescriber’s Guide
    Stephen Stahl
    Singapore $58.85

    Introduction to Occupational Psychiatry
    Group for the advancement in psychiatry
    US $23.00

    CBT for occupational stress in health professionals – introducing a schema focus approach
    Martin R. Bamber
    US $44.95

    Cognitive Therapy: Basics & Beyond
    Judith S. Beck
    US $49.00

    Cognitive Therapy for challenging Problems
    Judith S. Beck
    US $39.00

    The Emotional Brain
    Joseph E. LeDoux
    RM44.90 (around US $ 13.50)

    Total: US $287.15

Macamana ni kawan-kawan lain dah sibuk dengan data analysis.. aku masih terkial-kial dengan sampling!


Tuesday, December 18, 2007

SOHO - Hari 18

Hari ni ke HUKM. Banyak luangkan masa dengan my junior.. beri tips apa yang aku fikir dapat membantu mereka. Jumpa my batchmate Winnie yang sambung semula pengajian selepas bercuti panjang kerana masalah kesihatan. Wish you all the best.

Research-wise hari ni aku hanya dapat
  • Hantar semua borang yang telah disediakan kepada RA
  • Install SPSS di HUKM
  • Insya Allah kutip dari Hani Bookstore
  • Hantar ke susuibu.com (mungkin juga lepas raya)

Sepanjang cuti raya

  • Belajar SPSS (must be realistic with my goals, right!)

Monday, December 17, 2007

SOHO - Hari 17

Hari ni bermacam-macam perasaan aku alami. Pagi-pagi tu ada waktunya aku rasa my stress level is at the peak! Terasa macam dah habis semua tempat kerja aku dah hubungi tapi masih ada lagi borang soalselidik yang berbaki. Ke mana lagi ni... RA aku tak sihat pulak tu. Abang cuti, tapi tak dapat juga membantu. Sudahnya aku sendiri... telefon kawan-kawan; Yati di NIOSH, Kamariah di susuibu.com, Azizi untuk UPHA, Juanita untuk PETRONAS... dan merayau-rayau dalam internet mencari tempat kerja yang berpotensi untuk bekerjasama. Petang, Wawa telefon dapatlah berkongsi cerita...
STRESS THAT MOTIVATES
Nasib baik juga my stress is the stress that motivates... petang tu aku telefon bank-bank di Bangi dan syarikat Dewina Food Industries. Alhamdulillah, semuanya memberi kerjasama yang baik. Jadi dalam sepetang tu aku dapat mengumpul 130 bakal responden. Syukur sangat-sangat. Aku hampir mencapai target 700 sekarang.. tapi yang lebih mendebarkan adalah mengutip semula. Apa hasilnya? Aku tiada pilihan lain selain dari berserah kepada Tuhan!
TERIMA KASIH ANAK-ANAK
Anak-anak yang mengelilingiku adalah kekuatanku dan sumber inspirasi. Sebenarnya berada di rumah dan melihat anak-anak di depan mata, walau stress macamanapun, hati tetap ada ruang untuk ceria. Apapun, aku berharap saat-saat sukar seperti ini sudah tiada lagi selepas ini! Cukup-cukuplah ibu yang bergelumang dengan exam, assignment dsb ni... lepas ini biarlah anak-anak aje yang exam!

Friday, December 14, 2007

SOHO - Hari 14

Ada pula insiden yang berlaku di waktu pagi.. dan terpaksa keluar bawak 'bibik' ambik gambar.
Pengajarannya: kadang-kadang apa yang dirancang tak semestinya semuanya terlaksana. Kadang-kadang ada perkara di luar jangka...

Hari ini
  1. Telefon MPOB
  2. Telefon LKM - tiada jawapan
  3. Hantar borang (10) ke Maybank
  4. Hantar borang (30) ke MPOB
  5. Surf internet nama-nama tempat kerja lain di BBB, jumpa

http://www.malaysia-index.com/cgi-bin/linksmi/search.cgi?query=bangi;isValidated=Yes&nh=3

Itu sahaja yang aku dapat buat pagi ni...

Perancangan seterusnya:

  1. Petang - beli barang, masak sikit untuk ke rumah Ain
  2. Malam - ke rumah Ain, kutip borang soalselidik, ambil borang yang kosong
  3. Pagi - ke Open Day Sri Ayesha
  4. Petang Sabtu sampai Petang Ahad - baca CISS, WFC/FWC, GHQ, JCQ, SPSS - cuba buat Sri Ayesha analysis
  5. Hari Isnin - telefon Pn Kamariah susuibu.com, telefon Yati Niosh, telefon bank-bank, telefon law firm di Bandar Baru Bangi, kutipan -Sapura, Pharmaniaga, UKM. Susulan yg dah hantar borang: KK Bangi, TNB Research, MPOB, Lembaga Koko*, Maybank*, Perpustakaan*, Econlink*. Susulan yang dah hantar surat PKNS*, Hitachi*, Upha*.

I CAN DO IT.

PATAH SAYAP KUBERTONGKATKAN PARUH, GUNUNG KUDAKI KUDAKI JUA!