Aku memang ada banyak perkara yang sangat-sangat kusyukuri. Syukur di atas pertolongan Allah. Sehingga kini sample collection berjumlah mencecah 300. Mula-mula Saiful datang dengan borang-borang terakhir dari semua tempat kerja yang terlibat. Kemudian sahabatku Juanita datang menghantar 20 borang dari PETRONAS dan cukuplah target sample aku.. seronoknya aku dapat borang-borang soal-selidik tu macam dapat durian runtuh! Ini pun sebahagian daripada rezeki yang Allah turunkan. Alhamdulillah kerana memakbulkan doa-doaku Ya Allah.
Bayangkanlah.. aku bermula dengan target sample 700, berdasarkan formula pengiraan saiz sampel untuk cluster sampling. Response rate serendah 40% mulanya membuat aku panik. Rupanya bila aku lihat jurnal-jurnal terdahulu, memang begitu dan sebenarnya aku yang tak tahu awalnya. Aku dapat banyak artikel yang kajian seumpama ini memang rendah response ratenya. Aku juga dapat artikel yang mengatakan response rate tak semestinya mempengaruhi keputusan ujian. Aku dah sangat bersyukur.
Dan lebih bersyukur lagi, bila aku teliti nota Dr Naing tentang pengiraan saiz sampel.. aku mendapat petunjuk bagaimana mengira saiz sampel bila ada resource limitation (eg. budget, time constraint). Aku tak perlu target keputusan yang sangat-sangat tepat. Sebelum ini aku tetapkan precision at 2%, maknanya keputusan yang aku dapat adalah begitu tepat dengan plus minus 2% sahaja. Untuk keputusan setepat itu aku perlu 300 responden kalau random sampling, tapi kena darab deff 2.0-2.6 untuk cluster sampling jadi aku perlu hampir 700 responden! Jadi aku pun hantar 700 borang dengan optimisnya untuk mendapat 100% response rate. Memang mustahil.
Sekarang aku naikkan kepada precision at 4%. Itu pun masih bagus juga. Ini menjadikan sample size yang diperlukan sekitar 126 sahaja. Oleh kerana aku menggunakan cluster sampling, darab deff 2.4 aku perlu 302. Jauhnya beza! Tapi aku dah edar 700 borang dan perlu buat justifikasi untuk buat claim! Jangan risau, Insya Allah, memang sepatutnya aku edar 700 borang kerana mengambil kira low response rate (40%). Aku memang kena target 700 sample sedari awal iaitu apa yang dipanggil oversampling yang mana dilihat sebagai satu perancangan yang bijak. Alhamdulillah, nasib baik aku target 700.. dapat 300. Walaupun dengan tak sengaja!
Jadi, InsyaAllah dan Alhamdulillah, semuanya sungguh cantik. Adequate sample size after recalculation. Adequate planning. Excellent knowledge! Aim the highest... because if you can't make it, you are still somewhere there!
No comments:
Post a Comment