Resipi untuk 7 orang, boleh makan berulangkali dalam sehari. Bila malam semua licin..... Sangat sihat kerana menggunakan ikan yang kaya dengan protein, tidak menggunakan minyak langsung dan ditambah dengan sayur-sayuran yang banyak seperti timun, salad, nenas di atasnya.
Ikan sardin segar - 15 ekor, rebus dengan asam keping dan sedikit garam
Asingkan isi ikan dari tulang. Kisar isi ikan dan masukkan dalam periuk.
Kisar tulang ikan dan tapiskan airnya masukkan dalam periuk.
Kisar 8 bawang merah + 4 bawang putih + seibu jari halia + seibu jari lengkuas + 3 serai + cili kering (ikut citarasa kepedasan)
Asam keping 4-6 keping
Belacan sikit
Boleh guna kiub pati ayam sikit untuk menambah perisa
Garam kasar secukup rasa
Semua dicampurkan dan direbus hingga mendidih
Masukkan bunga kantan + daun kesum
Hidangkan dengan laksa + timun + nenas + daun salad bulat + bawang besar + cili merah + telur rebus. Perahkan limau kasturi sebelum makan.
Gambar terlupa nak ambik, sebab berselera sangat makan, bila teringat dah nak habis... tak sesuai untuk diambik gambar dah:)
No comments:
Post a Comment