Muharram 1429 tiba lagi. Tahun baru hijrah sejuta pengertiannya.. tak terbanding dengan tahun baru masihi yang disambut beriya-iya di sini-sana.
Dimulakan dengan countdown diiringi doa akhir tahun... kita mohon pengampunan kepada Allah di atas dosa-dosa setahun yang kita masih tak bertaubat kepadaNya. Biar menangis sang syaitan di atas usaha-usahanya yang sia-sia bila Allah memberi pengampunan kepada kita semua.
Bila Maghrib menjelang, tahun baru pun datang. Datangnya pun indah disambut dengan doa dan pengharapan kepada Allah Yang Maha Penyayang. Berdoa untuk yang terbaik sepanjang tahun baru yang datang.
Sunat berpuasa dari 1 Muharam hingga 10 Muharam iaitu Hari Asyura. Teruskan berdoa sepanjang sepuluh hari pertama mohon perlindungan dari syaitan yang nampak kita, tapi kita tak nampak dia. Mohon kepada Allah agar syaitan jadi putus asa menggoda kita sepertimana syaitan-syaitan tu putus asa daripada rahmat Allah dan diputuskan daripada keampunan Allah.
Hari Asyura pun banyak kelebihannya. Hari Allah memenangkan Nabi Musa a.s. dan menenggelamkan Firaun di Laut Merah. Bersedekah pada Hari Asyura insyaAllah dimurahkan rezeki.
Berebut-rebutlah kita mengejar kebaikan. Kadang-kadang kita ni 'pelik'... kalau pergi shopping, ada tawaran 'beli dua.. dapat hadiah bekas plastik', maka ramailah yang akan membeli dua barang tu dalam usaha nak dapatkan hadiah bekas plastik yang dah melambak-lambak kat rumah tu!
Tapi bila Allah tawarkan berbagai gandaan ganjaran yang menarik, tak pula kita berebut-rebut. Astaghfirullah.. semoga tahun baru ini kita lebih baik dari tahun yang lalu. Sesungguhnya ganjaran Allah tak mungkin kita beli dengan wang ringgit.
Ada satu cerita berlaku pada Hari Asyura, seorang fakir yang tidak makan beberapa hari meminta duit 1 dirham dari seorang kaya muslim yang tengah sibuk mengira duit keuntungan perniagaannya. Orang kaya tu tak menghiraukan si fakir. Kejadian itu dilihat oleh jiran si kaya, seorang kafir yang bersimpati kepada si fakir lalu memberinya 10 dirham. Pada malam tersebut orang kaya muslim bermimpi tentang sebuah istana yang sungguh cantik yang disangka miliknya, tetapi bila dihampiri istana tersebut adalah milik jirannya si kafir. Sungguh terkejut dia.. Esok paginya, bergegas si kaya ke rumah jirannya. Si kaya bertanya "apakah kebaikan yang telah engkau lakukan semalam?" Berceritalah si jiran tentangnya. Si kaya menawarkan 100 dinar kepada si jiran sebagai gantirugi 10 dirham yang dibelanjakannya itu. Si jiran hanya tersenyum "Aku juga bermimpi tentang istana itu, dan aku telah naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad it pesuruh Allah!"
Sesungguhnya memang ganjaran Allah tak boleh dinilai dengan wang ringgit. 10 dirham boleh membina istana di syurga. Sedangkan 100 dinar tak dapat membelinya. Subhanallah!
No comments:
Post a Comment