Monday, December 10, 2007

Pagi Isnin Yang Muram..

MULANYA
Terlewat bangun, air pulak tak ada.. permulaan yang memang tak memberangsangkan untuk hari Isnin! Kenapa jadi begini... Tidak cukup dengan itu, si bibik pula menyebabkan aku naik darah dan sudahnya terpaksa sibuk berkemas di awal pagi.. rupa-rupanya selama ini almari dapurku tidak dikemasnya dengan elok. Aku mulanya terjumpa biskut-biskut yang tak disimpan dalam bekas kedap udara, sudahlah begitu, diletak pulak di almari pinggan mangkuk dan bukannya almari menyimpan makanan. Bila kuselongkar almari makanan terjumpa pulak buah tamar yang tak disimpan di peti sejuk dan bermacam-macam biskut bersepah sedikit di sini sedikit di sana langsung tak terurus!! Apalah gunanya makanan-makanan tu tersimpan tak dimakan. Dah kerja setahun pun masih tak tahu buat kerja, bukan ke aku selalu dah bising pasal semua ni. Hii.. Sabo ajelah.. memang kadang-kadang pembantu rumah dengan kerenahnya betul-betul menguji kesabaran!!


KUCUBA...
Dah buat perancangan.. baca buku, nak siapkan buat proposal elektif. Kenapalah hari ni rasa tak seronok aje.. tak macam minggu lepas. Rasa macam.. boleh ke ni.. boleh ke siap thesis ni... banyak lagi ni... banyak self doubt. Rasa nak nangis pun ada. Rasa helpless pun ada. Aku ni dalam premenstrual syndrome (PMS) kut.. yelah ni.
TERSEDAR...
Aku habis baca satu bab Occupational Stress... idea masih tak datang tentang apa projek yang aku nak buat dalam elektif I/O psychology. Ha! Aku rasa itulah antara lain yang merisaukan aku sekarang ni. Ya.. sebenarnya itulah, buat masa sekarang. Selain dari tentang sample collection yang mana hari ni tak banyak kemajuan aku buat. Bagus juga tulis blog ni sebab pemikiran boleh jadi lebih jelas.
INTERVENSI...
Jadi aku perlu melakukan sesuatu. Segala cabaran & halangan aku mahu atasi!!
Baca buku 'Enhancing Self-Esteem'
Baca buku 'Less Stress'
... semuanya untuk meneroka dan dapatkan idea untuk projek elektif di samping untuk membantu diriku sendiri yang mahu melepasi Pagi Isnin Yang Muram. Semoga tiba Petang Isnin Yang Memberangsangkan...

No comments: