Itulah rahsia mendisiplinkan diri yang telah diilhamkan oleh Tuhan. Namun walau rahsia telah terbongkar kalau tidak dimanfaatkan pun tiada gunanya. Solat pada awal waktu lebih afdhal. Melengah-lengahkan solat tidak digalakkan. Jelas Tuhan mendidik orang yang beriman agar menepati waktu, jangan bertangguh-tangguh dalam urusan yang dikerjakan. Tuhan mahu kita menjadi umat yang sentiasa di hadapan. Kerja semua beres. Satu persatu mengikut waktu. Bermula dengan memulakan hari sebelum fajar! Kerana bila fajar menyinsing sahaja, maka masuklah waktu mengerjakan solat subuh. Dalam erti kata lain, bangun pagi itu seharusnya sebelum fajar lagi agar boleh bersedia untuk solat subuh bila fajar menyinsing. Dan waktu antara fajar dan terbit mentari boleh digunakan mengurus diri. Maka menjelang mentari bersinar kita boleh terus bertebaran di muka bumi mencari rezeki. Indah sekali Tuhan menyusunkan. Namun, manusia yang lemah dan lalai sering terpedaya dengan nikmat tidur dan tidak mempedulikan aturan Tuhan. Jadinya fajar menyinsing terasa tiba terlalu awal dan mentari terbit pula yang dijadikan petanda untuk bangkit membuka mata! Alangkah terlewatnya perkiraan kita... ketinggalan dan mundur. Untuk maju ke hadapan kemunduran pemikiran pastinya perlu ditinggalkan! Bermula hari ini aku sedaya upaya solat di awal waktu. Insya Allah. Cuba. Semoga menjadi tingkahlaku kekal dalamasa 60hari. (ingat! Muhasabah diriku pada akhir Januari nanti)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Just come to visit your blog and say "Hi"
Post a Comment