Masih banyak yang perlu kuperbaiki dalam hidupku ini. Malam tadi, balik dari kampung; bersalam dengan mak dan abah, melihat abah menghantar di muka pintu... tiba-tiba menerpa persoalan, apakah aku anak yang baik dan berusaha membalas jasa mereka? Aku sebenarnya kagum dengan emak dan abah. Semakin aku dewasa semakin aku tahu mengagumi. Jauh kutinggalkan zaman muda remaja dan 'jiwa degil'ku yang sering mementingkan diri sendiri dan kadang-kadang tidak mendengar kata emak dan abah...(harap-harap begitulah). Emak, memang tidak suka duduk diam; sekarang emak dah buat bisnes katering pulak untuk kelas komputer di kampung. Abah, ketua kampung.. aku memang tahu prinsip abah yang sentiasa ingin melihat kemajuan dalam kampung. Sekarang di kampung ada kelas asas komputer yang dihadiri ramai orang dari seluruh pelusuk negeri. Memberi pendedahan kepada masyarakat desa agar celik komputer. Dalam pada itu, majulah homestay kampung untuk orang-orang luar. Pelancongan desa yang memberi satu sumber pendapatan sampingan untuk orang-orang kampung. Bagiku, aku tumpang bangga dengan usaha-usaha emak dan abah. Mereka adalah pemimpin di peringkat mereka. Oh ya.. kerana merekalah keluargaku terpilih sebagai Keluarga Mithali dareah Kuala Langat. Semoga Allah sentiasa mengasihi emak dan abah sepertimana mereka mengasihiku. Semoga Allah memberiku ruang untuk membalas sedikit jasa mereka walaupun jasa mereka tidak mungkin dapat kubalas.
Monday, November 26, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment