Sunday, November 18, 2007

Hari yang tidak produktif

Pagi, hantar abang ke KLIA. Abang ke Bintulu sampai hari Rabu. Setiap kali abang pergi outstation.. aku memang rasa tak seronok, yalah kena tinggal, tak boleh jalan-jalan, tak boleh keluar makan sebab memang tak best kalau tak ada abang. Tengahari, telefon Mak & Farah. Farah dah dapat ruptured membrane. Beri nasihat & semangat... semoga selamat. Lepas tu, masak sup ayam & ayam goreng. Petang, duduk di depan komputer. Ingat nak buat perancangan cuti sekolah anak-anak tapi ilham tak datang! Menjelang petang nampak Nina, Zahra, Myra & El semua dah serba tak kena.. berkelahi, menjerit-jerit... tak boleh jadi ni - "jom kita keluar main!"
Alamak! Sungguh tak produktifnya hari ini. Bila tulis diari, memang terserlah ketidakproduktifannya hariku.
Untuk memecahkan ketidakproduktifan, aku pergi ke taman permainan dengan anak-anak. Sepelaungan sahaja jaraknya. Hasilnya memang memberangsangkan. Anak-anak keriangan, aku pun berpeluh juga melayan mereka - walau setakat menghayunkan buaian. Bila pulang, semua gembira.
Selalunya perkara yang baik tidak mengambil masa yang lama. 5 minit adalah apa yang kita perlukan setiap hari untuk pelbagai perkara yang baik. Tadi aku dapat memberi 5 minit untuk melayan setiap anak seorang demi seorang. Bayangkan hanya 5 minit, tapi kesannya besar. Untuk aku dan untuk mereka.

No comments: