Aku masih berusaha menunaikan solat di awal waktu. Alhamdulillah, terasa seronoknya. Malah sebelum balik kerja, aku bersolat dulu kerana asar memang sudah masuk waktu. Selepas solat, ada satu rasa ketenangan. Memang berbeza, kalau solat lambat terasa ada benda yang tertangguh dan tidak lengkap. Tapi bila sudah solat perasaan telah menyempurnakan satu tanggungjawab itu terasa sungguh melegakan. Segar kerana air wuduk, ditambah dengan banyaknya aliran darah ke otak semasa sujud.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment