Seronoklah... ke perpustakaan dengan anak-anak. Aku sendiri baca Dewan Masyarakat yang memang dah sangat lama aku tidak baca. Memang rasanya perlu aku kembali membaca majalah seperti ini, supaya tak tandus pemikiran dan boleh memperbaiki Bahasa Malaysia. Boleh biasakan diri dengan gaya bahasa terkini. Tapi anak-anak ni baru sejam di perpustakaan, semua dah tak senang duduk. Yalah, anak-anak.. berapa lamalah mereka boleh fokus tak kira macamana seronoknya pun benda tu. Balik rumah, masak dalam masa setengah jam, tomyam ayam! Tapi hasilnya 'memberansangkan'... berselera betul makan bila makan sekeluarga. Abang pun balik untuk makan tengahari. Entahlah, kenapa aku tak bekerja dari rumah sahaja? Ada kebebasan sendiri.. hati pun senang. Hari ni, anak-anak pun aku ajar menulis dalam blog... eputeri... masing-masing menulis tentang buku yang dibaca di perpustakaan. Memang macam-macam boleh dibuat bila hati senang. Petang, operasi mengemas berjalan lancar. Dan aku sekarang dengan bangganya melaporkan aku dah siap mengemas ruang kerjaku. Lega... cuma ada sikit buku anak-anak yang masih 'ditelan pahit dibuang sayang'.. nak simpan kat mana ni, dah tak ada ruang!
Thursday, November 29, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment