Satu strategi yang utama dalam mendisiplinkan diri adalah dengan memelihara solat. Dijadikan Allah, solat subuh sebelum terbit fajar dan tamat dengan terbit matahari bermakna Dia mahu kita bangun awal pagi dan terus bersedia untuk bekerja dengan terbitnya matahari. Bertebaran ke muka bumi mencari rezeki! Solat zohor di tengahari, untuk menutup aktiviti pagi, untuk rehat dan bermula segar untuk waktu petang. Solat asar, untuk menutup aktiviti petang dan bersiap untuk malam. Maghrib pula satu permulaan yang baik untuk malam. Sementara isyak adalah penutup sebelum rehat melalui tidur sepanjang malam. Usah bercakap tentang sebarang strategi lain jika strategi pertama ini belum terlaksana!
Monday, November 26, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment