MENCARI NAMA NAUFAL Naufal dilahirkan pada 19 November 2007. An pun menjadi 'bapak budak' dan Farhana menjadi ibu. Aku pun tumpang seronok tak terkira, sebab ada baby baru di kampung. Cucu Mak & Abah sekarang 8 orang semuanya. 4 perempuan; Nina, Zahya, Myra & Husna. 4 lelaki; Afnan, El, Ikmal & Naufal.
Ini gambar
the proud parents of Naufal. Masa tu Naufal masih dalam perut ibu... Nama penuhnya Ahmad Fady Naufal. An telah bertungkus-lumus dalam proses menamakan anak sulungnya itu. Anak dalam perut tak keluar lagi sudah dipanggilnya Naufal, tapi bila lahir dia rasa macam nak tukar fikiran kerana sama pula dengan nama anak-anak orang lain yang dia kenal. Laa.. nak cari yang betul-betul lain dari yang lain, yang tak ada orang yang ada nama macam tu sampai bila pun tak bernama la anak An ni. (Aku rasa nama Dogol mungkin tak sama dengan nama orang?! Jangan marah ye..)
Aku sengaja mengusik An; kalau dia tak jadi ambil nama Naufal, siang-siang aku nak book untuk aku punya Aiman Naufal. Panik pulak kawan, dia pun nak book untuk anak nombor dua. Siapa cepat dia dapat la. Yang nak tergelak, An siap tanya sama ada aku tengah mengandung ke sekarang, dok sibuk nak book nama. Jiha melaporkan melalui sms yang An memang tengah bertungkus-lumus di komputer, printing out list of names.
Yang lagi best, antara nama pilihannya ialah Ahmad Fahad Nabel.
"Fahad apa An?"
"Aku pun tak ingat tapi ada dalam senarai nama-nama yang aku cari tu..."
Aku yang tengah melayar internet terus mencari;
"Biar betul An, Fahad ni harimau bintang!!!"
"Eh... ye ke!!!"
Nasib baik kau An, kalau tak, ada anak harimau bintang!
Hari ni aku pun baru tahu Fahad = Linx dan Linx tu harimau bintang.
Akhirnya terciptalah Ahmad Fady Naufal. Fady tu penebus dan Naufal dermawan. Redeem and donate. Alhamdulillah. Bila An redeem Bonuslink, Realreward dsb maka An akan donate kepada semua orang. Itu sudah bagus....
MENCARI HADIAH NAUFAL
Aku sms Jiha; "barang apa yang Naufal masih tidak ada?" Balasnya, "berus gigi!"... Dalam berlegar-legar di Bandar Baru Bangi untuk ke kedai barangan bayi, ternampak satu kedai - susuibu.com. Teringat, ini kedai kawan Asri. Telefon Asri; nama kawannya Shahrul Shazli. Dia dan isterinya pernah datang ke rumah tolong kami selesaikan masalah dengan komputer tak lama dulu. Yalah, isterinya Nor Kamariah, ada laman web susuibu.com. Tahniah! Pelbagai barangan yang membantu penyususan ibu ada di sana. Boleh nampak kesungguhannya, dan minat yang mendalam di situ. Satu usaha yang sungguh murni dan pastinya memberi kepuasan tidak ternilai. Aku beli nursing pillow dan buku 'Menyusu Permata Hati' untuk Naufal dan Farhana. Beli baju zirafah untuk Naufal.. wah, banyaknya baju bayi cantik-cantik sekarang...
MENGULIT NAUFAL & IKMAL
Mandikan Naufal, pakaikan losyen & baju Naufal.. wah seronoknya. Ikmal pula asyik ingatkan aku ni ibunya kerana Ain tidak balik; berkursus. Memang sudah sangat-sangat tiba masanya El ada adik. Insya Allah, aku tak sabar nak menghabiskan pengajian, bulan 12 ni semester akhir, bolehlah kembali menjadi ibu kepada si kecil. Sekarang ni memanglah ibu juga tapi kepada si 'tak berapa kecil' lagi...
MENGIMBAU MEMORI BERSAMA NAUFAL
Naufal tak banyak meragam, senang diurus, seronok bila dimandikan. Sungguh mengingatkan aku tentang menjaga Nina sewaktu kecil, juga menjaga Zahra, Myra & El. Aku paling seronok memandikan mereka. Sungguh aku rindukan saat-saat itu...