Monday, December 31, 2007

Selamat Tinggal 2007

Tahun 2007 aku di tahun akhir sebagai pegawai perubatan, insya Allah tahun depan bergelar pakar. Banyak pengorbanan telah kulakukan demi cita-cita. Ahli keluarga juga banyak berkorban bersamaku. Malah, aku menangguhkan menambah cahayamata sampai El pun dah lima tahun. Pejam celik aje rasanya... Begitu cepat masa berlalu. Selepas fasa ini, aku betul-betul akan mula memikirkan ke manakah aku selepas ini... kemungkinan besar masanya tiba untuk aku memberi lebih perhatian kepada keluarga.
Selamat Tinggal 2007.
Aku tahu 2008 akan lebih baik dan lebih bermakna.
Insya Allah
Adanya blog/jurnal kehidupan ini aku merasakan hidupku lebih bererti yang aku sendiri tak tahu nak mengungkapkannya bagaimana. Tapi hakikatnya menulis diari atau jurnal adalah satu yang membina. Dalam terapi psikologi, ia adalah satu yang digalakkan. Membantu memahami diri. Membantu meluahkan perasaan dengan selamat dan berkesan. Menulis sebenarnya 'mengikat' idea dan pemikiran.

SOHO - Hari 31

Sepagian mencari literiture tentang Job Content Questionnaire.

Lepas tu mencari literiture untuk menu tengahari. Plan hari ni nak habiskan sebotol madu lama kerana dah beli Madu Khaula yang baru. Madu lama tu tak ada jenama, itu tak kisah sangat tapi rasanya masam sikit. Jadi siaplah ayam masak madu adaptasi dari resepi di http://babysofea.fotopages.com/?entry=911771.

Bahan-bahannya adalah: ayam digoreng, sosnya adalah (bwg besar + bwg putih + halia + cili kering) kisar + serai titik + kayu manis, bunga lawang semua ditumis, masukkan sos cili + madu (2x ganda dari sos cili). Yang penting Nina, Zahra & Myra semua suka...

Banyak lagi literiture search yang perlu aku buat:
General health questionnaire
Work family conflict
Coping strategies
Social support

But it's something that I love to do.

Sunday, December 30, 2007

Resipi Ekspres: Nasi Paprik Ringkas



Apa yang penting mengenai nasi paprik ini ialah ia memang mudah dan ekspres untuk disediakan kerana lauk dan sayur dalam satu hidangan. Sekali masak semua siap. Bahan-bahannya pun bahan biasa.

Boleh menggunakan ayam/daging/sotong/udang

Sayur-sayuran yang pelbagai sesuai digunakan macam lobak merah, kobis bunga, jagung muda, kacang panjang.. kalau ada semua memang best sebab setiap sayur ada rasa dan warna yang berbeza. Kan petua makanan yang berkhasiat adalah makan makanan pelbagai warna. Kalau tidak ada semua pun okay.


Dimulakan seperti biasa: bawang merah, bawang putih

Bahan lain ialah bahan-bahan biasa: cili api, serai dan daun limau purut (semua ada di belakang rumah... tapi kalau tak ada pun bukan masalah besar sangat cuma sebaiknya sekurang-kurangnya satu kena ada la)

Ditumis semuanya dengan sedikit minyak

Campurkan sos cili + sos tomato + sos tiram

Masukkan daging atau makanan laut pilihan dan kemudian barulah sayur-sayuran biar rangup dan segar.

Dulu-dulu rasa macam complex dan rumit aja nasi paprik ni. Tapi Ain pernah kata masaknya simple aje. Memang betul pun. Main campak-campak aje bak kata orang dan hasilnya memang cukup memuaskan. Cubalah.. cewah. Tak perlu risau tentang sukatan, semuanya memang boleh main agak-agak secukup rasa. Percayalah...

Menyelesaikan perkara penting dalam hidup dalam masa 5 MINIT


Kadangkala liat nak solat, dah dekat akhir waktu baru terburu-buru. Tahu mengaji Quran itu sepatutnya dilakukan hari-hari, tapi asyik terasa busy. Tahu banyak benda, tapi tak terbuat saja... beli pil vitamin, tak makan. Beli mini gym di rumah, mula-mula bersemangat gitu, akhirnya berdebu. Memang sibuk.. banyak urusan nak dibuat... sampai bila hidup nak dikejar waktu? Bangun pagi, kelam-kabut dikejar trafik. Di tempat kerja dikejar dateline. Balik rumah dikejar keletihan....


Oh tidak....


Bagaimana nak membereskan urusan penting dalam kehidupan, agar kita tidak terkejar-kejar dan hidup terasa lebih lapang?


Ada 2 analogi hebat.


Pertama, kalau nak mengisi satu balang dengan batu sepenuh-penuhnya, isilah dengan batu yang besar-besar dahulu. Kemudian baru isi dengan batu yang kecil yang akan mengambil ruang antara batu-batu besar. Kalau botol sudah diisi dengan batu-batu kecil dahulu, jawabnya tiada lagi ruang untuk batu yang besar.


Kedua, resmi alam menunjukkan kebanyakan perkara dalam kehidupan perlu melalui peringkat tertentu dan masa tertentu untuk mencapai sesuatu. Masa adalah wadah kehidupan. Pohon yang besar telah melalui percambahan biji benih, menjadi anak pokok, berbunga barulah berbuah. Padi untuk dituai adalah hasil setelah membajak sawah, menanam, membaja dan mengawal serangga makhluk perosak. Bayi yang lahir adalah bermula dari proses persenyawaan, menjadi zigot dan fetus sebelum keluar ke dunia. Hakikatnya, kebanyakan perkara akan melalui proses yang teratur, dan tidak berlaku sekelip mata. Ia memerlukan satu proses yang berdikit-dikit tapi berterusan.


Tiada jalan singkat untuk menjadi kaya, menjadi sihat, menjaga berat badan, membesarkan anak, menjadi hamba Allah yang taat dan segalanya. Memang betul sangat. Perlu diterima kebanyakan proses dalam kehidupan melalui masa yang lama dan itulah yang melemahkan manusia. Bertahan dan istiqamah adalah satu cabaran yang berat. Memulakan dan berazam memang mudah tapi melaksanakan, masya Allah.


Tiada skim cepat kaya atau jutawan segera. Kalau betul pun berjaya secara segera, apa yang dicapai adalah rapuh dan mungkin memberi kesan lebih buruk. Ada orang miskin yang menang loteri kebajikan berjuta di luar negara akhirnya duduk di rumah bagai istana, berpagar tinggi dan menjadi paranoid kepada semua takut kekayaannya diambil orang. Tak payah jauh, di satu Felda di Malaysia, jutawan segera kerana duit pampasan tanah, boleh bercerai berai dan hidup aman jadi porak peranda. Ini kerana, ia berlaku tidak mengikut resmi alam, si penerima tidak bersedia untuk menguruskan.


Tiada produk kecantikan atau kesihatan atau menguruskan badan yang ajaib. Tiada mesin senaman yang ajaib sepertimana digembar-gemburkan sekarang. Mungkin banyak makanan kesihatan, vitamin dan mineral di pasaran. Tapi kalau dibeli tidak dimakan dan akhirnya luput tarikh tak berguna juga. Mesin senaman bergunanya untuk jadi tempat sangkut tuala yang mahal, jadi apa ertinya. Untuk taat mengambil ubat-ubatan atau pil-pil setiap hari juga satu cabaran sebenarnya!


Tapi kita memang tak punya pilihan lain kerana Tuhan telah menjadikan kita tetap perlu akur kepada resmi alam. Semua perkara melalui proses dan peringkat. Jelas... kerana Tuhan mengajarkan bahawa perkara yang paling penting iaitu untuk menjadi hamba yang taat pun adalah usaha berterusan. Tidak boleh berlengah.. tiada konsep bila muda boleh leka dan bercita-cita mengumpul pahala hanya di hari tua. Tuhan mengajarkan bahawa menjadi hamba yang hebat adalah usaha sehari-hari tanpa putus. Hidup bersambung wuduk dan solat. Pembersihan diri dan sujud kepadaNya. Tiada qadha kecuali benar-benar wajar, seperti tertidur sebelum masuk waktu solat dan terbangun selepas waktu tamat. Perlunya membina diri dengan makanan yang halal hari demi hari. Mengelakkan maksiat yang akan mematikan hati. Memang tiada jalan yang singkat. Berhati-hati dalam kehidupan kerana satu kesilapan yang nampak kecil boleh membawa impak buruk yang besar!


Tapi bila Tuhan menjadikan sesuatu, pasti ada cara melaksanakannya. Pasti ia boleh dilakukan. Sebenarnya kalau difikir-fikirkan... perkara penting dalam kehidupan hanya perlu 5 MINIT sahaja untuk melakukannya. Sedangkan kalau nak membuang masa kita perlu berjam-jam.


Terasa malas nak solat?

Ya Tuhan... 5 MINIT sahaja sebenarnya. Kesannya, satu ketenangan dan kelapangan dada bila sudah solat yang tak boleh diperkecilkan. Bila dibuat di awal waktu, bukan sahaja lebih afdhal tapi akan memudahkan urusan kita seterusnya, Insya Allah.


Mengaji Al Quran?

5 MINIT sahaja. Lebih-lebih sekali pada zaman ini, tiada alasan bila Al Quran boleh diupload ke dalam PDA atau smartphone. Paling tidak pun, banyak buku surah-surah pilihan bersaiz poket yang boleh dibawa ke mana-mana.


Berdoa?

Ambil 5 MINIT untu berdoa tentang apa yang ingin dicapai. Itu mengukuhkan keazaman dan memperkuatkan semangat menghadapi cabaran.


Rumah berselerak?

Selamat tinggal. Mengemas secara spring cleaning kesannya tidak kekal. Sebenarnya hanya perlu 5 MINIT setiap hari "Aku akan buang 10 barang tak berguna di rumah hari ni", ambillah pen tidak berdakwat, resit, kertas, kotak kosong, bateri yang dah habis, seluar buruk yang dah singkat dan dah koyak dan buang. Pastikan ada 10 barang yang disingkirkan setiap hari. Selepas mengamalkan ini rumah terasa bersih dan kemas dengan sendirinya! Setiap malam sebelum tidur, ambil 5 MINIT untuk meletakkan semula barang-barang ke tempat asalnya.



Nak sihat?

Ambil 5 MINIT untuk ambil madu dan pil vitamin. Jangan biarkan ia luput di almari! Ambil 5 MINIT sediakan air kosong 1.5 liter untuk diminum setiap hari. Ambil 5 MINIT warm up, 5 MINIT bersenam, 5 minit cooling down.


Apalah sangat 5 MINIT tu..


Kalau duduk di komputer sekelip mata sejam dua berlalu. Kalau menonton TV senang-senang sejam dua berlalu. Tapi perkara seumpama itu seringnya adalah batu-batu kecil dan pasir yang akan hanya memenuhkan balang kehidupan. Kita hanya perlu 5 MINIT untuk mengisi batuan berharga yang penting. Kita perlu melakukan setiap hari kerana balang kehidupan bukan satu ruang vakum, jika kita lalai mengisi batuan yang berharga, pasir-pasir yang membazir akan terus masuk mengalir.


Banyak lagi perkara penting yang boleh beres dalam masa 5 MINIT. Kenalpasti perkara itu. Ingatkan diri. Bila rasa malas datang bertandang, bila gelisah datang menjengah... aku hanya perlu 5 MINIT sahaja untuk melakukan satu perubahan besar. Insya Allah.


Resipi Ekspres: Pizza Wholemeal Ekspres

Alamak.. ada lagi nenas tak habis, selepas buat nasi goreng nenas. Dan ada sebuku setengah roti wholemeal tidak terusik.... cari-cari dalam internet dapat idea pizza instant, menggunakan sardin kat http://resepi.mesra.net/Detailed/3492.shtml. Bagus ubahsuai resipi ni.



Roti wholemeal ni bagus sangat berbanding roti putih kerana kandungan serat yang tinggi dan lebih natural. Rasul Allah sendiri memang mengamalkan memakan tepung yang gandumnya dikisar kasar. Tapi, cubaan untuk mengamal gaya hidup sihat memang lebih mencabar. Buktinya beli roti wholemeal tapi tak siapa nak makan! Kalau roti putih tu, cepat saja jalan. Tapi roti wholemeal sebenarnya sedap... cuma kena terlebih 'rajin' sikitlah.... sebab dia tak begitu 'enak dimakan begitu saja...'


Ini Pizza Wholemeal Ekspres
Sedia untuk dibakar


Roti wholemeal, disapu mentega, diletak sos tomato, aturkan sosej yang dihiris nipis, mixed vegetable dan nenas, ditabur keju cheddar. Boleh juga ditabur lada sulah atau oregano kalau ada. Bakar 10 minit dengan suhu 200 - 250 darjah celcius. Makan panas-panas. Licin sebuku roti wholemeal!
Sedia intuk di'nyum-nyum'

Friday, December 28, 2007

Resipi Ekspres: Nasi Goreng Nenas


P.Ramlee kata tukang masak kerjanya enteng. Bangun pagi masak nasi goreng. Campur cili campur udang kering. Bila makan mata naik juling!

Jadi sesuailah. Resipi ni resipi main campak-campak, memang ekspres. Nak memanfaatkan nenas sebijik dari kampung. Suku bahagian nenas dah buat siakap tiga rasa hari tu. Tinggal 3 suku.. he he..

Bahan-bahan

Nasi putih

Ayam dipotong kecil dan udang dibuang kulit diperap dengan lada putih + kicap + garam

Minyak dan sesudu makan majerin dipanaskan

Tumiskan 5 biji bwg merah cincang + 2 biji bwg putih cincang + 5 biji cili api

Masukkan ayam & udang yang diperap

Masukkan nasi, nenas dipotong kiub, cili merah cincang

Taburkan bawang goreng dan kismis

Makan...
Fuhh.. sedapnya!


Resipi diadaptasi dari http://www.geocities.com/iwede/


SOHO - Hari 28

Semalam seronok sikit sebab dapat mengutip 31 borang soalselidik dari KK Bangi dan 4 dari perpustakaan. High response rate tu. Tempat lain tak pasti lagi.



Hari ni
  1. SOHO bermula dengan sarapan pagi yang simple
  2. Selepas itu membuang masa dengan mencari kad perpustakaan yang hilang. Ishh... ishh... masalah hilang barang ni tak habis-habislah. I have to do something about it.
  3. STOP mencari... key in 34 data dengan Nina. Time consuming juga... tak sangka lah time consuming. Aku kira bagi satu set soalselidik aku perlu 4 minit. 700 x 4 minit = 2800 minit = 47 jam = 6 hari bekerja. Maknanya aku perlu seminggu untuk key in data. Beres. Tapi bila fikir sehari aku perlu key in 100 borang, tak logiklah. Hari ni Nina banyak membantu, selesai tugas key in semua data yang ada.
  4. Study CISS
  5. Hantar ke susuibu.com
  6. Pulangkan buku perpustakaan
  7. SOHO berakhir dengan masak nasi goreng nenas.. best!

Semua borang yang lain hanya dapat dikutip pada 2 Januari. Jadi sepanjang hujung minggu aku akan hubungi peserta yang masuk ke fasa 2 untuk temubual dengan MINI. Cut off point 3/4. Setakat ini ada 6 orang. Cut off for psychological distress 11/12 - 16% of married working women experiencing distress.

Eye On Malaysia


Inilah Eye on Malaysia!

Oppss... Eye On Malaysia akan berakhir pada 31 Disember, dan kami hanya ada malam ini untuk ke sana sebab hari-hari seterusnya ada macam-macam hal dan urusan! Dengan persediaan yang cukup (budak-budak semua ditidurkan selama satu jam pada waktu petang),
Inilah gambar budak-budak tu yang dipaksarela tidur petang tu...
....kami pun bertolak ke Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur selepas solat maghrib. Aku, Abang, Nina, Zahra, Myra, El dan tidak ketinggalan Jia. Perjalanan setengah jam, berbaris 1 jam dan berada dalam Eye On Malaysia 15 minit! Berbaloilah juga, dapat tengok berbagai ragam manusia. Memang meriah betul Eye On Malaysia menjelang hari-hari terakhirnya. Macam inilah agaknya rakyat Malaysia - semua nak tunggu last minute! Biasalah tu kan... he he he.

Mak oii... panjangnya nak kena beratur...

Selepas berbaris 1 jam. Sekarang bersedia untuk berangkat.


Ada 42 gondola berpusing sebanyak 6 pusingan di bulatan Eye On Malaysia yang bertukar-tukar warna disinari cahaya, di tebing tasik. Gondola bersejarah yang membawa kami bernombor 9. Kebetulan semakin menarik kerana ada pertunjukan laser berlangsung sepanjang di atas gondola. Dapat menikmati panorama kotaraya Kuala Lumpur yang bergemerlapan dengan cahaya lampu. Okaylah. Perasaan di atas gondola tu? Seronoklah sebab naik ramai-ramai, tengok laser show dari udara, sibuk mengambil gambar... cuba naik sorang-sorang mesti mati kutu kat dalam tu, he he.


Ramai orang jual souvenir bertemakan lampu warna-warni dan kipas berlampu, tak pasal-pasal memang kena belilah sebab El dah merengek-rengek, semua dapat sorang satu. Balik, kita makan di Village View, Bangi, restoren yang banyak ikan keloi yang besar-besar dalam kolam tu. Sampai di rumah lepas tengah malam, wah.. kira-kiranya 2 hari juga trip to the Eye On Malaysia!



Thursday, December 27, 2007

SOHO - Hari 27

Aku tak tahulah diri aku ni.. aku boleh berada dalam keadaan yang 'relaks' walaupun dateline untuk hantar thesis tinggal sebulan lagi! Orang lain dah buat data analysis!

  • SOHO bermula dengan memasak mee goreng mamak dan sarapan bersama keluarga.
  • Kemudian key in data dari 9am hingga 11.45am. Preliminary finding: 15% of married working women are having psychological distress (cut off 11/12 likert) or 7% (cut off 3/4 binary as in non-clinical samples)
  • Diikuti dengan mengenalpasti responden yang akan ditemubual dalam fasa kedua. Setakat ini ada sama ada 7 orang yang perlu kuhubungi (cut off 11/12) atau atau 9 (cut off 1/2) atau 3 (cut off 3/4)
  • Baca MINI & CISS.
  • Baca thesis senior (Thanks to Yanie)
  • Buat muka depan, abstrak & penghargaan
  • Studi GHQ - complicated rupanya... sehingga petang aku masih belum dapat membuat kesimpulan mengenai cut-off point yang sepatutnya digunakan! Ok.. at last, my findings: for GHQ 12, binary scoring is better but likert scoring is useful to assess severity. Better take 3/4 as cut off point as in literiture for non-clinical sample. Oh, less work in phase 2!
  • SOHO ada berehat tengahari dengan memasak ikan keli goreng berlada dan masak lemak taugeh. Sedap sungguh dimakan dengan sambal tempoyak cicah dengan bendi.
  • Ke perpustakaan pulangkan buku - tak jadi, kad perpustakaan hilang pulak! Tak habis-habis dengan kes barang hilang!
  • Ke susuibu.com - belum
  • Ke Hani bookstore - belum
Tak kusangka membuat literiture research tentang GHQ mengambil masaku dengan banyak. Tapi berbaloilah.. sebab memang maklumat tu sangat penting untuk research aku. Apapun cabaranku yang paling besar adalah mengutip sampel. Berapalah yang akan berjaya memulangkan semuanya. Masing-masing masih meminta tangguh ni...


Wednesday, December 26, 2007

Dr. Anhar Hafiz

Insya Allah.. dalam masa beberapa bulan lagi dapatlah DR tu. Lama betul tak sembang dengan Apit. Sejak aku tak letak Yahoo Mesenger automatik kat desktop... malam ni memang merancang nak sembang dengan Apit. Tengok-tengok ada la Apit. Dia tengah 'berpoya-poya' sekarang ni sebab tengah cuti. 'Berpoya-poya' tu maknanya tak payah belajar la. Kesian betul medical student ni, tak payah belajar pun dah cukup seronok sama taraf dengan berpoya-poya! Orang lain berpoya-poya tak cukup setakat macam tu. He he...

Apit dan kawan-kawan.

Dalam bersembang dengan apit, sempat belajar ilmu blogging yang baru.. macam letak cbox dan macamana nak bagi comments (Ain, take note). Blog An tu kenapa kosong je. Jalan-jalan tak jumpa jalan lagi la tu. He he...

Apit... all the best.

Kalau murah rezeki sampailah kita ke Jordan untuk konvokesyen Jun depan. Amin.



SOHO - Hari 26

Pejam celik dah hampir sebulan! Seminggu kerja-kerja research agak terhenti kerana ramai yang bercuti panjang Hari Raya Haji sampailah cuti Hari Natal semalam. RA aku bertunang pulak tu... Tapi dari sudut positif, bagusnya SOHO ialah bila cuti, memang betul-betul cuti! Tak payah nak risau fikir banyak kerja kat 'pejabat' sangat.


Perancangan hari ini;

Cari buku untuk baucar RM1000 Remeron (hari ni internet sangat-sangat lembab.. menyebabkan aku mengambil masa yang sungguh lama di sini.. arghhh.. pukul 4.45 baru aku dapat email senarai buku tu!)

Hantar ke susuibu.com

Ambil dari Hani Bookstore

Key in data

Ambil borang yang dikutip dari RA

Hubungi responden untuk phase 2

Semua perancangan tergendala hari ni. Tapi aku bakal dapat buku-buku yang sungguh menarik..

  • Essential Pharmacology of Depression & Bipolar Disorder
    Stephen Stahl
    Singapore $58.85

    Essential Pharmacology: The Prescriber’s Guide
    Stephen Stahl
    Singapore $58.85

    Introduction to Occupational Psychiatry
    Group for the advancement in psychiatry
    US $23.00

    CBT for occupational stress in health professionals – introducing a schema focus approach
    Martin R. Bamber
    US $44.95

    Cognitive Therapy: Basics & Beyond
    Judith S. Beck
    US $49.00

    Cognitive Therapy for challenging Problems
    Judith S. Beck
    US $39.00

    The Emotional Brain
    Joseph E. LeDoux
    RM44.90 (around US $ 13.50)

    Total: US $287.15

Macamana ni kawan-kawan lain dah sibuk dengan data analysis.. aku masih terkial-kial dengan sampling!


Kunjungan orang Kuantan bakal warga Bandar Baru Bangi?

Orang Kuantan yang tengah menimbang-nimbang nak jadi orang Bangi. He he... Hanim & Azizi meninjau-ninjau penempatan baru, banyak yang berkenan katanya, tunggu masa yang sesuai aje nak beli. Jadi orang Bangilah kita. Aku sendiri, masih juga nak beralamatkan Bandar Baru Bangi, walaupun masih tak jumpa kawasan yang sesuai untuk membina 'habitat' baru yang lebih selesa di sini. Setakat ini terpaksa berpuashati dulu dengan rumah sekarang...
Apa pun tak terlalu awal, nak ucapkan Selamat Menjadi Warga Bandar Baru Bangi:
Bandar Baru Bangi adalah bandar terancang yang dibangunkan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). Bandar elit dan dihuni warga akademik; pensyarah pelbagai universiti dan pusat pengajian serta ribuan pelajar universiti. Ada beberapa kawasan industri, ada kawasan institusi, kawasan perumahan terancang. Menariknya, tiada pusat membeli-belah yang besar di sini, jadi kurang keriuhan dan masalah sosial. Tapi, semua yang kita mahu memang terletak sangat berdekatan. Di seksyen 8, aku berdepan dengan kawasan kampung yang aman - nampak ayam kejar-mengejar, budak-budak berbasikal, terdengar suara azan masjid.. tapi selang beberapa baris rumah di belakangku, ada deretan kedai yang memang macam-macam ada. Doktor perubatan, doktor gigi, doktor haiwan semua ada. Nak makan thai style, western style, mamak style, chinese style, semua ada. Dan tak jauh juga dari Taman Tasik Cempaka yang ada taman permainan kanak-kanak yang besar, Perpustakaan Daerah untuk pinjam buku dan Kompleks PKNS yang menjadi nadi Bandar Baru Bangi. Aku memang suka sangat Bandar Baru Bangi! Aku bagi 5 bintang:)
Hari ini jamu Hanim & Azizi thai style; ikan siakap tiga rasa, tomyam campur, telur dadar dan trifle cocktail sebagai pencuci mulut. Nak kena masukkan resipi dalam blog tapi tak ambil gambar pula! Takkanlah nak ambil gambar ikan depan tetamu pulak! Tapi aku dah buat resipi ikan tiga rasa tu beberapa kali.. tapi bila nak buat hari ni gelabah sikit sebab tak ingat aku pakai resipi yang mana - yalah orang ada banyak sangat buku resipi kan! Nasib baik terjumpa kertas catatan resipi tu terselit antara buku-buku resipi tu. Rupanya aku biasa guna resipi ciptaanku sendiri, hasil gabungan beberapa resipi ikan tiga rasa. Cewah! Ini sudah bagus... menjadi juga resipi sendiri ni...

Tuesday, December 25, 2007

Cikgu Annajiha


Sebagai kakak yang adil, kenalah cerita pasal adik yang seorang ni juga. Nanti nangis pulak dia sebab cerita Ain, An & Ami dah ditulis dalam blog ini tapi cerita dia belum... (Cerita Apit pun belum lagi.. tunggu ya)


Tahniahlah Cikgu Annajiha yang sudah dapat panggilan melapor diri di Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, bermula 2 Januari 2008. Sekolah mana, kena tunggu dulu.


Jia @ G'are @ Ji - seorang yang sangat-sangat rajin. Pendek kata kat rumah semua tip top - tapi hanya kalau kakak-kakaknya tak ada aje! Bila kakak-kakaknya ada, hampeh... nak tunjuk manja la tu, tak nak buat kerja rumah.


Berkelulusan Sarjana Muda Matematik (Kepujian) dan Diploma Pendidikan dari Universiti Malaysia Sabah, Jia adalah pendebat handalan di universiti. Cewah. Seorang ahli sukan yang lincah. Seorang yang kreatif. Puji-puji sikit.


Sebenarnya, masa Jia & Apit kecik-kecik, aku telah bersekolah di MRSM Taiping, kemudian MRSM Kulim. Jadi, aku sebenarnya tak merasa nak mem'buli' mereka. Wei... rugi, rugi... tak kena buli dengan kakak, tak caya tanya Ain:)... Jia & Apit pun tak berpeluang nak nakal-nakal dengan aku sangat. Sedar-sedar aje semua dah besar panjang.


Bila dah besar panjang inilah, bila Jia ada masa terluang aku suka ajak Jia duduk di rumah... sambil-sambil tu jadi cikgu tusyen Nina & Zahra bila dah dekat exam. Nampaknya Jia memang ada gaya jadi cikgu, ciri-ciri seorang guru yang berkaliber memang telah terserlah dengan jayanya... he he.. Oh ya, kena bagi tusyen tu bukan buli tau! Dapat 'gaji' lumayan kan? Inilah masanya pun, kalau Jia dah kahwin nanti mana ada masa-masa macam ni lagi.


Tahniah Jia... jadilah cikgu yang best. Belajar lagi, buat master. Cepat-cepat naik pelamin. Usah ditunggu Bukit Putus menjadi lurus.


Ini ada pantun istimewa untuk Cikgu Annajiha.


Kalau roboh kota Melaka, papan di Jawa hamba dirikan

Kalau sungguh bagai dikata, jiwa dan raga hamba serahkan


Kalau lurus Bukit Putus, bangsal di Sungai Lang hamba dirikan

Tapi kalau cukup fulus, jalan bengkang-bengkok pun hamba harungkan..


Jawab jangan tak jawab.

Senyum selalu!

Kota Emerald Ami & Sakina

Inilah mahligai Ami & Sakina di Kota Emerald.. feewittt..

Ke Rawang pulak lah kita. Ambil peluang hantar mak & abah yang teringin nak bermalam di rumah baru Ami & Sakina. Yalah, bukan senang nak jalan-jalan dengan emak & abah yang sibuk memanjang... ada pelanconglah, ada anak angkatlah, ada homestaylah tu... Sekali-sekala dapat bawa emak & abah jalan-jalan kan best. Singgah makan di Restoren Jejantas Sungai Buluh. Boleh sembang-sembang dengan mak pasal macam-macam, cerita pasal nak pergi umrah dan haji, bila ada rezeki nanti. Insya Allah. Boleh tahan juga nak ke rumah diaorang ni... tapi berbaloi lah. Tempatnya nampak aman... jauh dari kesibukan kota.


Bestnya rumah Ami & Sakina sebab lot tepi yang dekat dengan taman permainan kanak-kanak. Terasa lapang dan terasa dapat taman percuma sebelah rumah!

Seronoklah Nina, Zahra, Myra & El. Berulang-kali pergi ke taman.

Gambar dalam rumah - Sakina tak bagi ambik sebab belum siap kemas lagi. Tapi ada sofa baru you, fella design you. Gambar tuan punya rumah... nanti kita upload dalam post yang lain ya.

Cadang nak balik lepas asar, akhirnya jadi lepas Isyak. Sempat makan KFC lagi sebelum balik, Ami belanja la. TV plasma baru tak sampai lagi waktu kitorang semua balik... miss la Sehati Berdansa. He he...

Tak sabarnya nak tunggu house warming. He he... aku ni yang dah 9 kali pindah rumah tak pernah buat house warming pun ya! Kuang kuang...

Monday, December 24, 2007

Qurban Aqiqah Lembu Putih & Cukur Jambul Naufal Ikmal


Ini cerita Raya Qurban hari kedua di Banting. Qurban lembu putih Pak Uda yang comel dan gebu... kongsi sekeluarga. Termasuk aqiqah Naufal & Ikmal. Dalam gambar Pak Uda beraksi mengikat lembu sebelum disembelih. Dengan lafaz bismillah dan Allahu Akbar sempurnalah korban kita pada tahun ini. Alhamdulillah 2 bahagian dimasak untuk kenduri cukur jambul. Selebihnya disedekahkan kepada orang kampung.

Emak dan aku bersembang tentang 'trend' sekarang yang korban dijadikan seumpama pesta; tumbang lembu kerbau tapi syok sendiri berkenduri makan sendiri, tak ingat pun nak sedekah kepada fakir miskin. Itu tak sepatutnya dijadikan budaya. Dah lari dari tujuan sebenar hikmah berkorban. Dan tak patut juga dijadikan budaya; ghairah nak berkorban sampai bekalan lembu diimport dari negara bukan islam. Sepatutnya wujudnya ibadah korban menggalakkan industri penternakan di kalangan orang-orang Islam sendiri. Insya Allah.
Apasal Abg Azrul & An berebut ekor lembu tu? Ish.. ish...

Syoknya memotong daging lembu. Maklumlah pisau baru beli, tajam tu...

Memang seronok bergotong-royong melapah daging lembu. Lepas tu buat sup tulang untuk makan tengahari. Makan panas-panas dengan nasi putih.
Tengok tu... Pak Lang begitu khusyuk nampaknya!


Untuk kenduri cukur jambul malamnya, menunya daging masak palembang, ayam goreng berempah, ayam masak kurma, sambal tumis udang, acar mentah nenas & timun dimakan dengan nasi hujan panas. Sebahagiannya ditempah khas dari katering kampung. Dah semakin maju masyarakat kampung aku ni...

Nasi berkat tak ketinggalan. Ala-ala nasi ambeng. Sambil membungkus berkat dengan Mak Lang, Mak Usu, Ain, Sakina, Ana & Jiha... timbul cerita Paman Razzi Armansur yang dah jadi penulis. Bukunya 'Rahsia Ajaib Untuk Berjaya' memang bercerita pasal Kampung Sungai Lang. Pasal orang-orang kampung yang berjaya dan hidup senang. Seronok juga membacanya... ada cerita nasi ambeng, soto, pecal & tempe!


Hati teruja lagi melihat Naufal & Ikmal bercukur jambul... dah lama betul El bercukur jambul! Dah tiba masanya El ada adik ni...:)

Abah mencukur jambul Naufal yang tetap syok tidur walau apa pun yang berlaku di sekelilingnya. Sementara Ikmal yang baru terjaga dari tidur tertanya-tanya "mimpikah aku?"

Tapi, paling best tengok bapak-bapak dan mak-mak budak berebut kutip gula-gula & syiling. Terutama si baju boria biru tu - bapak & mak Ayuni/Afendi, bapak & mak Irdina/Hakimi. He he he...

Mula-mula Johar melihat sahaja... tapi lama kelamaan tak boleh jadi ni, katanya dalam hati. Kutip jangan tak kutip. Ana pun apalagi turut memberi sokongan padu. Heh heh heh..
Meriahnya! Ramai betul budak-budak sekarang ni.. sampaikan aku memang selalu keliru yang mana satu anak siapa tu! Semoga dimurahkan rezeki kita semua dan terus meriah persaudaraan kita. Amin.

SELAMAT HARI ULANG TAHUN PERKAHWINAN KITA YANG KE 11



Setiap kali Hari Raya Aidil Adha pada 10 Zulhijjah bulan Islam, setiap kali itulah ulang tahun perkahwinan aku & abang. Memang sungguh istimewa sebenarnya kalau difikir-fikirkan, orang beraya, orang berkorban, orang selesai ibadah haji di Mekah – aku & abang menyambut ulangtahun perkahwinan…. Semoga kami berbahagia dunia dan akhirat! Mengambil keberkatan hari kebesaran yang sungguh mulia dan hebat!

Anggerik merah mekar di laman rumah kita. Abang memang dah lama tak beri aku jambangan bunga, tapi sebenarnya abang sentiasa menanam dan membaja bunga di laman rumah untukku. Bukankah itu lebih berharga? Cewah.. suka la tu



FAKTA NOMBOR

Tahun masihi ini 2007 – genap 10 tahun usia perkahwinan aku & abang.
Hari Raya Haji ini 1428 – genap 11 tahun hijrah usia perkahwinan
Aku kenal abang sejak1992 – sudah 15 tahun rupanya
Aku dan abang berkawan special sejak 1993 – sudah 14 tahun
Bertunang – 1996
Berumahtangga – 1997
Anak pertama, Nina – 1998
Anak kedua, Zahra – 1999
Anak ketiga, Myra – 2001
Anak keempat @ anak lelaki pertama – 2002
Anak kelima – insya Allah
Abang masuk dunia bisnes – 2000
Aku masuk dunia bisnes ??? – tunggu
Anak sulung ke sekolah – 2005
Jumlah berapa kali pindah rumah – 9 kali dalam masa 6 tahun.
Rumah paling lama – rumah sekarang, dari 2004
Jenis rumah & tempat yang pernah diduduki


  1. Hostel houseman, Hospital Ipoh 1997
  2. Cherry Apartment, Ipoh 1997
  3. Rumah teres 2 tingkat di Kuala Kangsar 1998
  4. Rumah semi-D 2 tingkat di Kuala Kangsar 1999
  5. Rumah Ayah & Mak Mertua di Bukit Chedang, Seremban 2000
  6. Rumah teres setingkat di Bukit Chedang, Seremban 2001
  7. Rumah kedai di Jalan Tuanku Antah, Seremban 2002
  8. Rumah sendiri, teres 2 tingkat di Warisan Puteri, Seremban 2003
  9. Rumah sendiri, teres 2 tingkat di Bandar Baru Bangi, dari 2004
  10. Rumah banglo:) (Masih dalam impian lagi.. insyaAllah kalau ada rezeki)


    Ini anggerik jingga di tepi pagar rumah di Bandar Baru Bangi.



ABANG – CINTA HARDCOPY

Abang adalah ‘diari’ aku sejak zaman medical student dulu. Mungkin fantasi cintaku macam dalam cerita Daddy Long Legs kut. Best tau cerita tu. Cerita yang penuh surat-surat daripada seorang gadis remaja kepada bapa angkatnya yang tak pernah ditemui dan tak pernah membalas suratnya... yang menceritakan kehidupannya di kolej, termasuk kisahnya jatuh cinta dengan seorang jejaka... dan rupa-rupanya 'bapa angkat'nya tu jejaka tersebut!


Sampai sekarang koleksi surat-surat aku & abang memang masih tersimpan rapi, yang memang seronok kalau dibaca walau berulang kali. Yalah… seronok sendiri! Bagus jugalah zaman tu belum ada handphone, sms, mms, email… jadi semua masih dalam bentuk hardcopy. Semua ada bukti hitam putih, ada dokumentasi tau… bukanlah di alam virtual lagi. Terasa macam jauh benar lak zaman tu kan, walau tak sejauh zaman dinosaur… Betapa jauh berbezanya kan, gaya hidup berubah dalam cuma satu generasi!

Anggerik merah, anggerik ungu. Jangan marah, I love u. He he (Ok abang, macamana dengan istilah Cinta Hardcopy tu? Jangan cinta fotokopi atau ribut dalam secawan kopi lagi…)


ABANG - CINTA SEBENAR SELEPAS KAHWIN





Zaman ber’cinta’ dengan abang no dating-dating berdua. Adalah berjumpa sesekali di bilik tetamu asrama puteri yang ramai orang tu. Keluar jarang sekali, kalau ada itu pun dengan mak & ayah atau adik. Yang lain semua berutus surat. Telefon pun kadang-kadang. Abang ni ‘a man of few words’ katanya. Rumah abang pertama kali aku jejaki hanyalah waktu rombongan menghantarku sebagai menantu! Mak mertua kata emakku siap memberitahunya; terimalah aku seadanya sebab aku waktu tu masak pun tak tahu, macam-macam tak tahu, maklumlah baru 2 minggu habis belajar! Terharu aku bila mak cerita.. waktu tu aku rasa aku langsung tak risau pasal pandai memasak ke apa ke... he he.



HONEYMOON

Aku & abang tak pergi honeymoon pun! Abang masa tu houseman, busy. Tapi kira semua saat-saat bersama waktu tu adalah honeymoon sebab kita kan tak pernah dating-dating sebelum tu. Itulah cinta selepas kahwin. Macam zaman dulu-dulu tu…

ABANG – PEMINAT MASAKANKU NO. 1

Masakan pertama aku untuk abang selepas kahwin ialah… cekodok ikan bilis!! Itupun selepas berapa bulan kahwin entah. Abang punyalah suka sangat dengan cekodok bilis tu. Sedap sangat katanya. Aku sebenarnya waktu tu teruja sungguh sebab abang suka cekodok tu, tak sangka pulak, sedikit usahaku membuat cekodok bilis mendapat pujian beriya-iya daripada abang. Agaknya dia dah bosan makan di luar memanjang. Yalah, memang awal-awal kahwin asyik makan luar aje dengan alasan houseman….letih. Aku ingat lagi emak pernah beri aku periuk & kuali (masih dipakai sampai sekarang!) dan mak & ayah beri aku tong gas! Ni semua gara-gara waktu diaorang melawat kami di Ipoh, dapur tak berasap!

Abang ni best sebab aku masak apa aje pun dia suka. Walau pun asalnya makanan-makanan tu dia tak pandang sebelah mata, tapi bila aku masak dia terus terpikat! Cayalah. Macam terung tumis kicap, ubi cicah tumis ikan bilis & lada hijau. Apatah lagi kalau makanan tu dia memang pandang dengan terbeliak mata macam telur goreng dadar makan dengan nasi taruk kicap… he he… tapi disebabkan abang suka makan apa aje yang aku masak sekarang ni aku dah pandailah juga masak macam-macam. Buku resipi pun dah semakin banyak. Begitulah, sebagai isteri, antara yang menyeronokkan ialah suami suka apa yang kita masak. Isteri atau ibu masak tak serupa macam yang di kedai. Apa yang membezakan bila isteri atau ibu masak - the most important ingredient is love!

ABANG YANG SPORTING

Abang memang sporting sangat. Kalau aku tak larat nak masak, letih ke, tak ada mood ke, ikan & sayur tak ada dalam peti sejuk ke, atau simply malas ke, kita semua boleh keluar makan kat luar. Semua tempat kat Bandar Baru Bangi ni memang kita dah pernah makanlah… yang atas pokok, bawah pokok, tepi kolam, tepi jalan, semua pernah.


ABANG – OUR FAMILY MAN

The family who spends time together, stays together.

Harap begitulah. Keluar berjalan dengan abang & anak-anak memang sangat-sangat menggembirakan. Itulah waktu yang selalu dinanti-nantikan. Well, I can’t imagine life without them. Keluar jalan-jalan. Jalan-jalan cari air. Cari air nak berenang.. he he. Sampai Pedas Waterworld, Lost World Tambun, Desa Waterpark, Teluk Dalam Pangkor, PD, Kuantan, Penang, Sabah… mana-mana ada air, kita pergi.

Aku & abang suka ke tempat-tempat yang ada air, ada pokok, masih hijau dan masih dalam alam semulajadi. Itu yang bagusnya, citarasa sama. Aku & abang tak berapa suka ke tempat yang sesak-sesak dan ramai orang… kadang-kadang ajelah window shopping tu.

Balik kampung pulak dah memang semestinya.. sekurang-kurangnya sekali sebulan. Desa cemerlang kami di Sungai Lang dan rumah di tepi air terjun bukit di Springhill.

ABANG – GIGIH MEMBINA KARIER

Abang berhenti kerja kerajaan pada tahun 2000. Tindakan yang sungguh nekad tapi abang tak pernah menyesal. Buka klinik sendiri selama 2 tahun, abang berhijrah ke NIOSH untuk mencari pengalaman kerja yang baru. Sekarang abang di Hospital Pakar Annur, sebagai pengurus Occupational Health Unit.

Abang, dulu orang komen dia ‘bercakap macam tak ada bateri’ sekarang boleh jadi consultant & trainer. Sebenarnya abang dah jumpa apa yang dia minat dalam Occupational Health. Nama abang ‘Rozai’ pun maksudnya occupational hazard dalam bahasa Jepun. He is the man for ‘rozai’… dan itu akan membawa aiman atau tuah / keberkatan. Cewah! Sesuailah tu.

Apa yang boleh kukatakan, abang memang gigih berusaha mencari rezeki untuk keluarga. Abang seorang yang sangat komited, berdedikasi dan bertanggungjawab. Aku tidak pernah merasa susah hidup bersama abang. Walau ada masanya cabaran datang, kadang-kadang sangat perit, abang sentiasa optimis menghadapi. Selalu juga kita berkongsi masalah, berkongsi geram & marah, berkongsi sedih & luka yang hanya kita yang tahu. Tapi, insya Allah, jika kita terus gigih, tabah & istiqamah, pasti kejayaan akan menunggu jua. I know you can do it, abang!

Di atas tu, gambar abang sedang memakai mask, sekali-sekala kalau aku tengah rajin nak buatkan abang facial treatment. Apa..? Tak ada udang di sebalik mee tau. Bukan sebab nak handbag baru ke atau kasut baru. Cuma nak banglo atau kereta baru aje. He he.

ABANG YANG MEMBERIKU RUANG

Abang memberiku ruang untuk banyak perkara. Untuk melanjutkan pelajaran yang menuntut banyak pengorbanan daripada semua. Selalu abang kata, dia kagum dengan aku yang larat belajar semula, on call semula, semata-mata untuk menjadi seorang psikiatris. Kata-kata itu tanpa abang sedari terus membakar semangatku untuk menempuhi pembelajaran yang memang mencabar. Memang minat itu antara yang utama. Tapi sokongan & pengorbanan daripada keluarga… tanpanya aku tak mungkin berada di sini. Memang bukan mudah belajar semula bila sudah berkeluarga & bekerja. Dan bila kita menghadapi saat-saat peperiksaan, membuat assignment dan research, keadaannya memang lebih sukar dari apa yang pernah disangkakan. Nobody said it was easy. No one ever said it would be this hard. Tanpa sokongan abang, anak-anak & keluarga segalanya memang tidak mungkin. Musim-musim peperiksaan terutamanya, aku terpaksa beri lebih perhatian kepada kerja-kerja akademik, berjam-jam depan komputer, selalu juga stressed up dan memang tak dapat beri perhatian kepada keluarga seperti biasa. Abang mungkin tidak banyak membantuku secara langsung dalam aspek-aspek pengajianku (tak apalah, agaknya abang rasa aku capable enough…) tapi abang sentiasa bersamaku, tidak pernah merungut dengan kesibukanku, sabar dengan karenahku dan dalam diam mungkin cuba memahamiku…



Ini abang, sewaktu masih berkacamata. Di bawah nanti ada gambar abang selepas buat Lasik, (rawatan laser untuk membetulkan rabun jauh)

CINTA TERUS MEMBARA

Selalu dikatakan, semasa muda dan bercinta, cinta itu maraknya menyala-nyala… namun setelah bertahun-tahun hidup bersama, cinta wujud dalam bentuk yang berbeza. Membara dari dalam dan diam. Sealunya bila sesuatu itu ada di depan mata, kita tak sedar apa yang kita miliki. Kebahagiaan, ketenangan, kasih & sayang…

Apa yang pasti, selalunya bila abang pergi outstation memang terasa bezanya…aku selalu mula terasa sayu 2-3 hari sebelum abang nak kena pergi outstation tu. Bila abang tiada di rumah, memang lain rasanya … tidur seorang diri, bila bangun pagi tiada siapa nak di’berebut’kan bilik air, tiada siapa nak kucium tangannya sebelum pergi kerja, tiada siapa nak kutunggu pulangnya petang-petang, bila lapar atau bosan tiada siapa nak teman keluar jalan-jalan! Anak-anaklah pengubat rindu, tapi tak lengkap dan tak serupa bila ayahnya tiada! Sebab itulah orang tua-tua kata sayangkan isteri tinggal-tinggalkan. Rasa serba tak kena, resah gelisah dan gundah gulana hanya terubat bila abang balik ke rumah. Waktu tu, barulah segalanya kembali normal, pulih seperti sedia kala!

Kerana itu semualah, selalu aku & anak-anak cuba ikut abang jika masa & keadaan sesuai dan mengizinkan. Aku pun selalu gembira kalau dapat bawa abang & anak-anak jika terpaksa outstation. The family who spends time together, stays together… harapnya begitulah!

Taraa.. inilah gambar abang tu. Selepas Lasik. He he...

INI SATU PUISI UNTUK ABANG SEMPENA ULANGTAHUN PERKAHWINAN KITA – CEWAH!

Terima kasih abang
menyuntingku sebagai isteri,
kerana isteri tinggi darjatnya dan membuka pintu-pintu ke syurga…

Terima kasih abang,
menjadikan aku ibu, yang melahirkan zuriat kita, yang comel dan manja,
menjadikan aku diperlukan dan disayangi mereka

Terima kasih abang
menjadikan aku teman, berkongsi cerita dan bicara, tawa dan airmata

Terima kasih abang
menjadikan aku wanita, yang boleh bebas bersuara, mengatur langkah dalam kerjaya, membina dirinya dan berbakti di luar rumahtangga

Terima kasih abang
menjadikan aku buah hatimu, yang kausayangi dan kaupeliharadan menerima aku sebagai diriku, seadanya

Aidil Adha di Springhill 1428/2007


Aidil Adha tahun ni di Springhill. Ambil peluang belajar masak 'Rendang Rembau Ibu Mertuaku' dan 'Sambal Kacang Ibu Mertuaku'.. yalah, nanti tak lama lagi bila mak ada menantu baru, menantu lama masih tak tau buat rendang; jatuh saham pulak! Sedari Aidil Fitri dah nak belajar (selepas tahu Angah dah ada 'makwe') tapi mak tak merendang pulak raya tu, sebab ayah dah tempah berbagai jenis rendang daripada tukang masak istana. Aidil Adha ni tercapailah hajat nak belajar. Buat trifle lagi (nak menebus kesilapan raya tahun lepas, buat trifle tak jadi, he he). Kali ni lebih hebat sebab dihiasi limpahan yogurt bersari mangga, dengan buah-buahan segar anggur hitam & strawberi di atasnya. Fuh... sedapnya...

Jalan ke Ulu Sepri, Rembau

Pagi Raya, berehat-rehat di rumah.. sementara menanti kaum adam melapah daging. Menjelang petang barulah balik kampung di Rembau, menziarah kedua-dua Wan di kampung. Mula-mula ke Ulu Sepri yang tetap menghijau, wah ramainya berkumpul di sana! Lepas tu ke Kota.



RESIPI RENDANG REMBAU (Preliminary... sebab belum belajar buat rempahnya betul-betul, nanti bila dah belajar betul-betul & ada gambar, akan dikemaskini semula.. he he.. kena tulis cepat-cepat ilmu yang berharga, takut lupa)


2 ekor ayam - potong-potong, seeloknya ayam kampung @ ayam pencen @ itik

20 bawang merah - tumbuk

10 bawang putih - tumbuk

2 inci Halia - tumbuk

6 Serai - titik

Santan dari 6 biji kelapa bandar yang kecik-kecik / 4 biji kelapa kampung yang besar-besar

Cili kisar - agak-agak mak kata, nak pedas letak banyak

Rempah rendang iaitu:

3 ringgit ketumbar

1 ringgit setiap satu rempah (jintan manis + jintan putih + lada hitam + kayu manis + bunga lawang + bunga cengkih)

Semuanya disangai atau di'microwave' dan dikisar kering.


La.. seringit ni nak beli kat kedai mana mak, Tesco ke Lian Yik? He he

Kalau harga rempah dah naik karang tak valid pulak resipi ni.. he he


Apa pun semua bahan tu dicampurkan dengan ayam dalam satu kuali dan dimasak sehingga jadi rendang. Perasakan dengan garam. Eh.. sonang yo, omak yo... sodap pun sodap. He he..


RESIPI SAMBAL KACANG


Cili kering kisar - agak-agak

Bawang merah - tumbuk

Bawang putih - tumbuk

Halia - titik

Lengkuas - titik

Serai

La.. tengok tu aku tak tengok betul-betul jumlahnya. Tumiskan semua di atas tu. Masukkan ayam yang dipotong kecil. Masukkan kacang tanah kisar, nak senang dan sihat masuk microwave 5-10 minit dan kisar. Masukkan air, gula melaka dan gula biasa. Masak hingga pekat dan pecah minyak. Siap.


Rasa tak pass lagi la aku raya ni...


Saturday, December 22, 2007

TO AIN WITH LOVE

THIS IS AIN'S COMMENT VIA EMAIL.


Congratulations on REMERON award! That's why i said youre' the greatest sister that i have. Don't forget to belanja me as well ya..heh heh..

Where's the comment column? i cannot find it or maybe i'm not IT at all la.. but i'll try my best to create my own blog.

Or it's okey, I can make a comment here.. i give 4 stars for the blog.(I never give full marks, esp to my students.. but 99% is as best as 100% and 4 stars is as best as 5 stars. I like it so much and i want to make one for myself.

Now i know what happen to you ..for sth you may not inform me directly... eg; the remeron award. So that we can keep in touch even without informing....

Ok sis, keep on a good work. GOOD LUCK!!


Your sister,
the dot dot dot .......
(he he he... just teringat zaman dulu-dulu.. tp bukan nama glamour tau!!)
AIN, WHATEVER IT IS YOU ARE THE FIRST PERSON WHO KNOWS THE EXISTENCE OF MY BLOG... OF COURSE AFTER ABG AZRUL, NINA, ZAHRA, MYRA & EL WHO KEEP SEEING ME TYPING FOR THIS BLOG LA. I JUST HOPE WE CAN SHARE AS MUCH AS WE DID!
Hope Ain & Asri can also have your own blog.. An & Farah, Ami & Sakina, Jiha & Apit as well. It's going to get us even closer!

Tuesday, December 18, 2007

SOHO - Hari 18

Hari ni ke HUKM. Banyak luangkan masa dengan my junior.. beri tips apa yang aku fikir dapat membantu mereka. Jumpa my batchmate Winnie yang sambung semula pengajian selepas bercuti panjang kerana masalah kesihatan. Wish you all the best.

Research-wise hari ni aku hanya dapat
  • Hantar semua borang yang telah disediakan kepada RA
  • Install SPSS di HUKM
  • Insya Allah kutip dari Hani Bookstore
  • Hantar ke susuibu.com (mungkin juga lepas raya)

Sepanjang cuti raya

  • Belajar SPSS (must be realistic with my goals, right!)

REMERON MASTER AWARD 2007

The award was given by Prof. Hamid in a simple ceremony at HUKM during lunch hour. I was not asked to give a speech (lega jugak, of course I won't volunteer myself.. but somehow it will be good if I'm given a chance to say something). I'm given RM1000 boucher to buy any books related to psychiatry. That's great! I love books very much. Prof Hamid said it is the best student award for the first year to third year's overall performance and the department chose me to be the winner. Alhamdulillah.

I am thankful for the presence & the present.
  1. The presence of my lecturers & friends at the event, it is a symbol of their presence throughout my journey as a master student. Of course, those who are not there, they are still in my heart..
  2. The present from Organon, it is very much unexpected and it comes as a surprise!

The 'present' comes in this month when I'm still struggling with my thesis, and I know most of my friends are struggling as well. Because February is just 6 weeks away, and February is associated with deadlines! I mean it, DEADlines! In ECG, a deadline is a flat line when nothing much can be done most of the time. But before the deadline... time like now, multiple events may occur... the ST depression, the arrythmia, SVT or VF.. you name it! The good thing is resuscitation is still possible. Oh, throughout the journey as a master student, I can recall clearly facing times like this - preparing for exams, preparing my protocols & now preparing my thesis. Times when you'll say to yourselves; "Yes, nobody says doing master is easy, but no one ever says it is this hard!"

It is a challenge.. how to study, at the same time to work, to be a good mother, to be a good wife, to manage your home, to care for your parents, to care for your vulnerable patients, and at times to feel vulnerable & incompetent yourself facing your patient's behaviour at work and your kids behaviour at home.. and perhaps your husband's behaviour as well! It is indeed a challenge, but thinking of it positively, in every challenge there is an oppotunity for our own self growth.

Why... because we have no choice, but to learn to be more effective both at home and at work, to have good time management, to improve our communications and to care for our interpersonal relationships, avoiding unnecessary conflicts, we have to grow ourselves. And Alhamdulillah, learning psychiatry itself is also learning about self growth!

Of course, having mentioned all those, the award means so much to me. It is not possible without the guidance from all my lecturers and specialists both in HUKM & HKL, the gift of friendships from all my friends, my best friend Salwa & my other study group friends Vincent & Aida - in particular. It is not possible without the support & sacrifice from my husband, my kids & my family.

Because Salwa, Vincent & Aida were not around, I have sms them to say my 'thank you' and appreciation. Salwa called me back, that's very thoughtful of her. I'll surely belanja all of you.

Monday, December 17, 2007

SOHO - Hari 17

Hari ni bermacam-macam perasaan aku alami. Pagi-pagi tu ada waktunya aku rasa my stress level is at the peak! Terasa macam dah habis semua tempat kerja aku dah hubungi tapi masih ada lagi borang soalselidik yang berbaki. Ke mana lagi ni... RA aku tak sihat pulak tu. Abang cuti, tapi tak dapat juga membantu. Sudahnya aku sendiri... telefon kawan-kawan; Yati di NIOSH, Kamariah di susuibu.com, Azizi untuk UPHA, Juanita untuk PETRONAS... dan merayau-rayau dalam internet mencari tempat kerja yang berpotensi untuk bekerjasama. Petang, Wawa telefon dapatlah berkongsi cerita...
STRESS THAT MOTIVATES
Nasib baik juga my stress is the stress that motivates... petang tu aku telefon bank-bank di Bangi dan syarikat Dewina Food Industries. Alhamdulillah, semuanya memberi kerjasama yang baik. Jadi dalam sepetang tu aku dapat mengumpul 130 bakal responden. Syukur sangat-sangat. Aku hampir mencapai target 700 sekarang.. tapi yang lebih mendebarkan adalah mengutip semula. Apa hasilnya? Aku tiada pilihan lain selain dari berserah kepada Tuhan!
TERIMA KASIH ANAK-ANAK
Anak-anak yang mengelilingiku adalah kekuatanku dan sumber inspirasi. Sebenarnya berada di rumah dan melihat anak-anak di depan mata, walau stress macamanapun, hati tetap ada ruang untuk ceria. Apapun, aku berharap saat-saat sukar seperti ini sudah tiada lagi selepas ini! Cukup-cukuplah ibu yang bergelumang dengan exam, assignment dsb ni... lepas ini biarlah anak-anak aje yang exam!

Sunday, December 16, 2007

Gotong-Royong Nak Balik ke Sekolah


Pagi Sabtu ke Open Day Sri Ayesha. Beli buku teks, uniform, daftar untuk transport. Nina, Zahra & Myra semua daftar untuk Kelab Nasyid. Nina masuk Persatuan Puteri Islam jugak. Lepas tu singgah makan tengahari di Cempaka Rimba @ Kompleks PKNS. Zahra & Myra tersengih sampai ke telinga sebab dapat beg sekolah baru. Nina... Ibu nak puji Nina sebab Nina tak minta beg baru pun, beg Nina masih elok lagi dan boleh dipakai. Macam tulah anak-anak ibu, tak semestinya setiap tahun tukar barang-barang baru. Zahra pun beritahu ibu, uniform tahun lepas semua elok lagi. Baguslah macam tu. Yang mana tak ok baru beli baru. Sepetang lepas tu, sibuk bergotong-royong membalut buku. Banyak betul.. tak sangka letih betul dibuatnya. Kemas bilik pulak, buang mana-mana buku yang tak perlu untuk memberi tempat buku-buku baru. Boleh tahan kerjanya. Kiranya malam tu ibu memang sakit kepala dibuatnya... terpaksa makan Panadol Actifast :). Anak-anak ibu mesti pandai kemas bilik selalu...!

Resipi Ekspres: PUDING TRIFLE COCKTAIL

Lapisan 1:
Mula-mula susunkan kek swiss roll sebarang perisa kegemaran anda seperti pandan, vanilla atau coklat.
Tuangkan sirap buah-buahan cocktail ke atasnya untuk membasahkan kek swiss roll tadi.

Lapisan 2:
1 tin susu cair + 1 tin air + 7 sudu besar gula dididihkan dan dikacau dari masa ke semasa
Bancuh 4 sudu tepung kastad dengan 1/2 gelas air (kira-kira 200ml)
Bila bancuhan susu mendidih, masukkan bancuhan kastad dan perlahankan api, kacau hingga pekat sikit dalam 4-5 minit
(Aku pernah buat silap dulu-dulu sebab masukkan terus tepung kastad dalam susu, tak dibancuh dengan air dulu. Hancuss.. cair je jadinya kastad tu. Dah la buat kat rumah mak mertua.. he he.. kuang-kuang, nasib baik mak mertua sporting je. Kiranya resipi yang di atas ni insyaAllah jadi, sebab langkah demi langkah diberikan walau untuk orang yang tak reti masak macam aku sekalipun, cewah...)

Lapisan 3:
Bila kastad agak beku sikit, bolehlah diletakkan buah-buahan koktail di atasnya.
Seterusnya bancuhlah krystal jelly mengikut sukatan pada peketnya dan tuangkan ke atas buah-buahan koktail tadi. Boleh guna sebarang perasa kegemaran tapi cantik kalau warna merah.
Walaupun namanya trifle sepatutnya 3 lapisan, tapi sedap lagi kalau ditambah lapisan lain di atasnya seperti letak yogurt atau whipping cream.
Dan memang sedap lagi kalau dimakan dengan buah-buahan lain yang dihisakan di atasnya lagi seperti strawberi, peach, anggur.. yummie yummie

Buat trifle ni untuk dibawa ke Homestay Bukit Jati... Ain yang sebut trifle ni, jadi Ain punya pasal no problem, bak kata Jiha orang Sabah celup tu; "boleh bah kalo ko". Memang ekspres sungguh membuatnya. Aku suka sebab resipi ni menggunakan bahan-bahan semuanya satu-satu tin, jadi tak ada baki-baki yang kena simpan dan akhirnya rosak macam tu aje:).

Hasilnya memang cantik & sedap! Cubalah.



Resipi diadaptasi daripada maizana di http://www.melayu.com/sembang2/mesej.php? 12.0000000755 (Terima kasih banyak-banyak!)

Homestay @ Bukit Jati (Ain & Asri), 14 Dis 07

EL 'MENGHITUNG HARI'

Berhari-hari El mem'packing' permainannya nak dibawa ke rumah Onan & Una. Kalau boleh semua nak dibawanya. Tapi lepas kena amaran 'luggage' El cuma 200 gram aje terpaksalah El berpuashati membawa satu karung kecik permainan aje. Wah, memang bukan main seronok Nina, Zahra, Myra & El bila diberitahu kita semua nak tidur semalaman di rumah Mak Ngah & Pak Ngah. Sama seronok macam nak pergi bercuti kat hotel tepi pantai aje... Petang-petang tu semuanya tak banyak soal bila disuruh tidur, biar malam mata segar bugar. Selalunya manalah pernah budak-budak ni tidur petang-petang. Jarang-jarang bonar! (Tu gambar EL posing sakan dengan Una kat kampung raya lepas, masa tu blog ni tak wujud lagi..)



AIN, KENAPA KITA TAK BERJIRAN AJE?

Perjalanan ke Bukit Jati ok lah, lalu highway tapi kereta memang banyak. Tiba-tiba aku terfikir - sebab teringat betapa 'kamceng'nya aku dengan Ain masa kecik-kecik dulu - kenapa aku tak duduk dekat-dekat aje dengan Ain tu sekarang. Kan senang. Boleh shopping sama-sama, jalan-jalan, buat bisnes sama-sama ke, bagus jugak. Tapi apakan daya, macam gitulah kehidupan, kan. Sampai masa masing-masing akan berkeluarga dan ada jalan hidup sendiri. Macam gitulah Nina, Zahra, Myra, El, Afnan, Husna & Ikmal semuanya nanti... sebab itulah setiap saat yang kita ada dengan insan tersayang mesti dihargai dan digunakan sebaiknya! (Ni pun gambar raya, Dato' Asri, Datin Ain & Ikmal. Terselit gambar kat belakang tu; Farhana)

MAKAN NASI AYAM & TRIFLE

Sampai di Bukit Jati, jam 8.30 malam... dah bosar rumah Pak & Mak Ngah lepas renovated. Ada dry & wet kitchen. Ada sofa baru, contemporary design. Toiletnya El kata "macam kat hotel, kan ibu?". Sampai-sampai terus dijamu nasi ayam Mak Ngah Ain. Berselera masing-masing makan. Lepas tu, makan trifle dengan yogurt Mak Long pulak, makan dengan anggur segar macam Pak Ngah Asri lagi terangkat rupanya. Ain, kalau nak resipi nanti kakak uploadkan.

LEPAK-LEPAK


Lepas tu lepak-lepak, sambil tengok TV, budak-budak semua dah memunggah keluar permainan.
Sambil tengok tv, aku sempat key in my research data.
Mak Ngah Ain pun tak lupa sambil-sambil tu menunjukkan kepakaran membuat roti; dinner bread.



Inilah suasana meriah di Homestay Bukit Jati. Wah, Ain, cantik rumah dalam gambar ni. "Memanglah" kata Ain :). Boleh masuk Anjung Seri.



Pukul 12 malam, baru semua tidur dengan nyenyaknya... zzz... zzz...





SARAPAN SPAGHETTI & HOMEMADE ROTI

Wah, dah biru mata Pak Ngah Asri rupanya! Makan spaghetti & roti. Sodap makan... nyam nyam yummie..


JEMPUTLAH HOMESTAY @ BBB

Lepas sarapan, kita semua terpaksa minta diri sebab nak pergi Sri Ayesha's Open Day. Tak sempatlah nak pergi Jusco, the biggest in South East Asia/Asia kebanggaan Pak Ngah tu, he he... Oh ya.. Afnan pagi-pagi dah keluar berlatih futsal, jadi masa balik tak jumpa Afnan... main betul-betul sampai menang, ok Afnan!


Seronok jugak sesekali homestay ni, kan. Pak Ngah, Mak Ngah, Afnan, Husna & Ikmal, jangan lupa buat 'kunjungan balas' ke Bandar Baru Bangi tau! Lepas tu kita boleh jalan-jalan Alamanda ke, taman-taman kat Putrajaya ke.. orait!?

Friday, December 14, 2007

SOHO - Hari 14

Ada pula insiden yang berlaku di waktu pagi.. dan terpaksa keluar bawak 'bibik' ambik gambar.
Pengajarannya: kadang-kadang apa yang dirancang tak semestinya semuanya terlaksana. Kadang-kadang ada perkara di luar jangka...

Hari ini
  1. Telefon MPOB
  2. Telefon LKM - tiada jawapan
  3. Hantar borang (10) ke Maybank
  4. Hantar borang (30) ke MPOB
  5. Surf internet nama-nama tempat kerja lain di BBB, jumpa

http://www.malaysia-index.com/cgi-bin/linksmi/search.cgi?query=bangi;isValidated=Yes&nh=3

Itu sahaja yang aku dapat buat pagi ni...

Perancangan seterusnya:

  1. Petang - beli barang, masak sikit untuk ke rumah Ain
  2. Malam - ke rumah Ain, kutip borang soalselidik, ambil borang yang kosong
  3. Pagi - ke Open Day Sri Ayesha
  4. Petang Sabtu sampai Petang Ahad - baca CISS, WFC/FWC, GHQ, JCQ, SPSS - cuba buat Sri Ayesha analysis
  5. Hari Isnin - telefon Pn Kamariah susuibu.com, telefon Yati Niosh, telefon bank-bank, telefon law firm di Bandar Baru Bangi, kutipan -Sapura, Pharmaniaga, UKM. Susulan yg dah hantar borang: KK Bangi, TNB Research, MPOB, Lembaga Koko*, Maybank*, Perpustakaan*, Econlink*. Susulan yang dah hantar surat PKNS*, Hitachi*, Upha*.

I CAN DO IT.

PATAH SAYAP KUBERTONGKATKAN PARUH, GUNUNG KUDAKI KUDAKI JUA!

Ada juga masalah bila kerja di rumah

Post ini memang sengaja dibuat dalam secret font... jadi hanya boleh dibaca oleh diri sendiri dan mereka yang tahu password e-permaisuri melalui list of posts. Something personal...but I need to come into term with it, need to ventilate it...
Sedar-sedar dah pukul 11.00 pagi.
Hari Jumaat yang waktu bekerja pendek... Sebenarnya ikut perancangan hari ini aku akan uruskan research di Utusan, Prima Agri dan PERMATA.. aku dah lama beritahu abang yang aku perlukan pertolongan abang untuk introduce kepada kenalannya di tiga tempat tu. Dan malam tadi sahaja beberapa kali aku sudah ingatkan yang aku expect abang boleh tolong hari ini. Abang pula tak kata dia tidak boleh tolong. Dan aku dah minta tolong ni pun bukan main lama, sejak dari dulu-dulu lagi dan seriously sejak mula elektif 1 Disember dulu.
Tapi entah kenapa...
tidak semudah itu nak dapatkan pertolongan abang; hari ni abang kata nombor telefon ada di pejabatlah, dia sibuk nak buat FOMEMA hari inilah dsb. Kenapa asyik-asyik jadi begini? Aku tak ada jawapannya.
Aku rasa aku telah meminta dengan spesifik.
Walaupun aku harap abang boleh membantu lebih lagi, tapi aku cuba faham yang abang sibuk dan aku buat sendiri kebanyakan perkara setakat ini. Setakat ini abang ada temankan aku ke Pharmaniaga, dan tolong hantar surat ke Sony dan Sapura. Sayangnya Sony pun aku tak dapat. Dan Sapura pun aku terpaksa hantar surat sekali lagi... Tak apalah tu, nak buat macamana. Cuma yang aku sedih.... aku tak rasa abang bersungguh nak tolong aku. Entahlah.. Kalau abang nak tolong, susah sangat ke nak buat 3 panggilan telefon tu untuk introduce aku? Bila-bila pun boleh buat kalau abang nak. Kenapa macam keberatan. Kenapa, abang? Aku memang tak ada jawapannya.
Sepagian ni aku memang jadi tak produktif. Rasa semua kerja tergendala. Senang nak kata.. it is about your internal perception and not about what happened externally, tapi bukan senang bila kita hadapi sesuatu yang macam ini. Inilah satu masalah besar bila kerja dari rumah. Semalam aku baru beri komen yang positif tentang kerja dari rumah, tapi seperti biasa semua ada pro & cons...

Thursday, December 13, 2007

El dapat botol susu baru

Dalam sibuk hari ni, sempat keluar belikan El botol susu baru (waktu rehat tengahari, walau kerja kat rumah waktu rehat tetap macam biasa! Tapi lebih fleksibel dan waktu rehat terus boleh bersama anak-anak.. Wow.. That's the beauty of working @ home). El bukan main seronok dengan botol susu baru... Botol susu lama dalam kenangan, setelah berlaku banyak 'tragedi'... 'tragedi puting susu asyik kena gigit' la...
Yalah, El dah besar tapi masih nak menyusu lagi.. manalah dia larat nak menghisap dari lubang yang kecik, sudahnya puting jadi macam bekas digigit tikus.
Inilah El, dengan bangganya... Botol susu tu pilihan El sendiri. Warna merah warna kegemaran El la kononnya tu...