Wednesday, November 28, 2007

Solat & Memerhati Ayat Tuhan

Hari ke 3, mendisiplinkan diri dengan solat. Pagi yang memalukan kerana seperti biasa terjaga tepat jam 5 pagi, tapi bangkit yang betul-betulnya tetap jam 6.30 pagi... alamak hari ni, solat agak lewat zohor & asar kerana banyak kerja nak dibereskan. Maklumlah nak cuti panjang.. opps bukan cuti tapi posting elektif. Tapi.. ingat, kalau sehari tak sempurna, bukan bererti selama-lamanya.. kena terus berusaha. Aku juga mula mengamalkan membaca ayat-ayat Quran dengan tafsirnya sekali. Mulakan dengan juz amma.. terasa bezanya kerana ayat-ayat yang difahami terasa sedikit sebanyak meresap ke hati. Malam pula, aku cuba mengajar anak-anak mengaji sendiri dan semak hafazan. Sebagai ibu, inilah salah satu tugasku yang lebih baik kalau aku yang melakukan daripada di'swasta'kan kepada orang lain. Inilah nanti yang akan menjadi pelaburan akhiratku yang masih sedikit. Selama ini, kalau aku renungkan 4 tahun ini sebenarnya aku berkorban banyak perkara, dan keluargaku juga telah terpaksa berkorban banyak perkara... tidak salah selepas ini kuletakkan karierku ke tepi demi keluarga pula! Melahirkan cahaya-cahaya mata lagi dan memberi lebih masa untuk mereka...

No comments: