Thursday, November 29, 2007

Bermulanya SOHO

Bila aku terjaga pagi ini, memang terasa seronok. Seronok kerana aku bercuti hari ni dan selepas itu posting elektifku bermula selama dua bulan. Walaupun elektif ini bermakna aku kena kerja keras samalah macam cuti belajar sebulan sebelum part I exam, atau sebulan sebelum hantar protokol untuk part II exam, tapi aku akan menjadi my own boss dan bekerja dekat dengan rumah! Inilah yang aku mahukan dan idam-idamkan sekian lama... Panjang sebenarnya list to do aku... Hari ini fokusku ialah anak-anak dan rumah terlebih dahulu. Esok aku akan buat beberapa tugasan untuk elektif dan penyelidikan.
_____________________________________
Pagi:
Buat sarapan pagi 'nasi goreng kacang peas'
Bawa anak-anak ke perpustakaan, daftarkan untuk pinjaman
Masak tengahari - tomyam ayam
Petang:
Operasi kemas rumah habis-habisan (macam biasa aku mesti kemas rumah dulu sebelum mulakan apa-apa kerja, selagi rumah belum kemas dan terurus, fikiran aku pun sama!)
________________________________________
Ok.. anak-anak pun tengah bersiap-siap untuk ke perpustakaan. Tergambar dah syoknya buku-buku!

No comments: