Wednesday, November 28, 2007

Komputer tiba-tiba padam!

Malam tadi sewaktu aku sedang menaip untuk blog ini, tiba-tiba komputer padam! Dan bila aku cuba restart yang tertera di skrin adalah operating system not found. Unbelievable! Selalu aku dengar peristiwa begini terjadi dan selalu orang menasihat buat back-up, buat back-up... tapi selalu juga diri sendiri berkata "tak mungkinlah nak berlaku semua ni kat aku".. Bila betul-betul berlaku baru terkedu! Bayangkan semua fail-fail thesis, protokol, gambar-gambar sudah hilang.. Hanya dalam sekelip mata. Nasib baik belum key in data untuk research lagi... Tengahari abang ke Low Yatt untuk cuba perbaiki apa yang patut.. tengok-tengok memang serius betul masalahnya, tak sangka betul, kena hantar ke Korea dan kosnya RM1700! Mahalnya... aku buat keputusan, tunggu dululah, cuba tengok-tengok kut-kut ada back-up dalam pendrive, komputer kat rumah, dan dalam hard-drive pun hari tu ada buat back-up separuh jalan. Asal ada fail mythesis.. then should be okay! Dalam pada itu aku dok memikirkan.. mungkin banyak dosaku dan ini pembalasan Tuhan... atau mungkin juga Tuhan mengujiku... aku memilih untuk redha & bersabar kerana Tuhan mungkin akan menggantikan dengan yang lebih baik. Dan rupa-rupanya tak lama aku perlu menunggu.. kerana sebelum jam lima aku mendapat panggilan dari Pejabat Kesihatan Seremban, yang aku dapat anjakan gaji dari tahun 2004! Sungguh tak disangka! Dan juga Alhamdulillah, memang ada back-up perkara-perkara yang penting tu, walaupun aku hilang semua artikel dalam fail psychiatry exam tools & psychiatry subspecialty... sob sob.... Tapi aku patut bersyukur sangat-sangat... sangat-sangat.

No comments: