Sunday, November 18, 2007

Blog Sebagai Diari

Aku menulis bukan kerana nama. Dan sememangnya bukan kerana nak menjana pendapatan melalui internet. Aku menulis sebagai catatan, kisah hidupku buat tatapan diriku sendiri. Dan buat tatapan abang dan anak-anakku, mungkin cucu-cucuku suatu masa nanti... Diari maya satu cara yang terbaik mencatat jurnal kehidupan, paperless... tanpa kertas. Jurnal kehidupan pula suatu yang terbaik untuk memajukan diri - kerana menulis bererti berfikir, berekspresi, mengungkap rasa, mengulas, memahami, menganalisa, muhasabah dan terus melangkah!

No comments: