Thursday, January 3, 2008

Hari Pertama Ke Sekolah untuk Humaira & Cikgu Annajiha

Hari yang 'ditunggu-tunggu' pun tiba!

Sempat berposing sebelum bertolak ke sekolah. Beg baru, baju baru, tudung baru, kasut baru semangat pun mesti baru! Hari ni sarapan cekodok bilis.. entah macamana perancangan nak buat pizza segera terpaksa ditukar kerana roti wholemeal dah habis. Jadi nampaknya hari yang pertama tetap dimulakan dengan cekodok bilisku yang popular. He he he...


El bergaya dengan cekodok bilis dan sepinggan sos tomato, sementara yang lain bergaya dengan beg merah jambu.

Selamat masuk darjah satu, Humaira! Ala selamba aja Myra, memang tak ada drama airmata, nangis-nangis macam masuk sekolah zaman dulu-dulu, he he.. budak-budak sekarang semua pandai berdikari!

El ke Tadika. Cepatnya masa berlalu!

Adlina naik darjah empat dan Az-Zahra naik darjah tiga.

Semuanya bersekolah di Sekolah Sri Ayesha Islamic Montessory, Bandar Baru Bangi. Sekolah pilihan kami; sebab utamanya kerana anak-anak memang suka bersekolah di sana, Sri Ayesha juga menggabungkan kurikulum KBSR & JAIS bermula 8 pagi hingga 3.40 petang - sungguh memudahkan untuk keluarga yang bekerja, menitikberatkan ajaran Islam dan banyak menggunakan bahasa Inggeris dalam aktiviti seharian. Walaupun dari segi kemudahan fasiliti dan infrastruktur masih banyak ruang untuk penambahbaikan, apa yang penting pengisian dari segi modal insan yang ingin dititikberatkan. Ibu doakan semua anak ibu menjadi insan yang berguna, bijak-bijak, soleh & solehah.

Oh ya... bukan Myra saja yang sibuk dengan hari pertama sekolah... Cikgu Annajiha pun sama, masuk mengajar hari pertama di SMK Jugra. Selamat bertugas, cikgu!

1 comment:

g-are said...

tetibe nmpak el da kecik blk sb dia je masih pakai baju tadika,pastu duk sama-sama ngn nina, zahra n ma da pakai bj sekolah.. apepun.. selamat ke sekolah.. belajar rajin2 wat semua termasuk kakak skali hahaha