Wednesday, January 23, 2008

Dihambat kesibukan

Sedar-sedar dah seminggu tak berkunjung ke blog sendiri. Sungguh-sungguh dihambat kesibukan mengejar dateline thesis pada 4 Februari 2008. Tinggal 11 hari lagi... Selagi belum tiba tarikh tu bergelumanglah aku dengan data dan jurnal siang malam... berfikir, memerah otak... Memang 'no life'... anak-anak pun terpaksa bersabar berkurung di rumah walaupun di hujung minggu!

Thesis... is a contribution to knowledge. It is not easy to contribute one!

Thursday, January 17, 2008

Mengejar Yang Terbaik

Baru-baru ni aku baca buku berjudul 'Travelog Haji', tulisan Prof Muhd Kamil tentang kisah perjalanannya ke Baitullah menunaikan haji. Sebuah cerita yang menarik dan menginsafkan, mengisahkan insan kerdil yang cuba mengejar yang terbaik sebagai tetamu Allah. Cerita yang kita boleh mengidentifikasi diri.. maknanya; biar siapa pun kita, yang bermula sebagai insan yang tak berilmu, yang tak seberapa amalnya, tapi kita sentiasa ada tempat untuk menjadi hampir kepada Allah. Yang penting adalah kemahuan dan usaha kita. Kerana selangkah kita menuju kepadaNya, seumpama berlari Allah datang kepada kita.

Apa yang kita mahu, perlu disemat menjadi keazaman. Motivasi diri perlu untuk membina hidup berjaya di dunia, dan seperti itu jugalah motivasi perlu untuk membina hidup yang berjaya di akhirat. Bagaimana nak mendapatkan motivasi akhirat? Segalanya mesti bermula dengan adanya satu matlamat ke arah yang terbaik.

Untuk itu, aku fikir motivasi untuk hari akhirat perlu dibina dengan doa dan pengharapan. Apabila berdoa kepada Allah, memohon syurga, mohonlah syurga yang terbaik iaitu syurga Firdaus. Mohon dengan penuh kesedaran. Walau diri terasa kerdil dan tidak layak. Namun, yakinlah.. doa dan pengharapan yang Allah suruh kita panjatkan memang pasti ada kesannya kepada manusia.

Dalam konteks psikologi, Allah menjadikan dalam otak kita ada satu sistem yang dipanggil reticular activating system (RAS). Inilah sistem yang bila dirangsang akan menjadikan kita peka, dan di bawah sedar kita melakukan banyak perkara yang berkaitan dengan rangsangan yang diterima. Contohnya, bila kita menimbang-nimbang nak beli kereta baru.. satu jenama tertentu, tiba-tiba kita rasa kita nampak banyak kereta macam tu di jalan raya, dan kita jumpa macam-macam benda lain berkait dengan kereta tu. Sebelum ni tak perasan pun kan? Pengetahuan mengenai RAS juga membuatkan iklan-iklan berjaya mempengaruhi manusia membeli sesuatu. Dan kerana itulah, memang betul.. kalau kita kata kita boleh, insya Allah kita boleh. Kerana RAS kita hanya nampak 'boleh' dan di bawah sedar menyebabkan tindak-tanduk kita berusaha ke arahnya.

Melalui doa yang hari-hari kita panjatkan dengan penuh kesedaran dan pengharapan, untuk yang terbaik, insya Allah usaha kita akan mengiringi dengan sedar dan juga di bawah sedar. Sesungguhnya dalam mengejar yang terbaik untuk dunia dan akhirat, doa memang berkait rapat dengan usaha, kerana ia memperkuatkan satu sama lain dengan cara yang tersendiri.

Baru-baru ini juga, dalam usahaku bertungkus-lumus membuat thesis, aku tergerak membaca buku tentang Asmaul-Husna. Di dalamnya, terdapat beberapa amalan untuk memperolehi hasil kerja yang baik dan memuaskan dan juga kerja yang beres pada waktunya... insya Allah. Memang itulah yang kita semua mahu selalu... siap kerja pada dateline dengan hasil yang berkualiti dan memuaskan. Bagi aku yang memang tengah mengejar dateline ni memang faham sangat apa 'perasaan'nya berada dalam situasi yang sungguh mencabar ini.

Ada banyak amalan di dalamnya, tetapi apa yang nak dikongsi di sini ialah apa yang insyaAllah mampu diamalkan sehari-hari.

Sebelum mulakan kerja;
  • Baca Ya-zal-jalali-wal-ikram beberapa kali untuk berjaya melakukan pekerjaan dengan baik, jika diiringi dengan usaha yang gigih
  • Baca Ya Syakur 11 kali agar dapat menyelesaikan masalah yang datang dengan baik
  • Baca Ya Malikul Mulk 21 kali agar berjaya dalam urusan yang dilakukan
  • Baca Ya Awwal 11 kali agar dapat selesaikan kerja pada masa yang ditetapkan
  • Baca Ya Nafi' (huruf ain di hujung) agar kerja yang dilakukan mendatangkan hasil dan berkat
(Dipetik dari 'Merawat Kehidupan dengan Zikir Asmaul Husna' oleh Ikmal el-Muhammady)

Alhamdulillah. Kadang-kadang kerja yang terasa sukar menjadi mudah. Kadang-kadang buntu, terbuka jalan. Kadang-kadang rezeki datang tak disangka-sangka dalam bentuk bahan-bahan ilmu, pengetahuan baru, pertolongan dan bantuan orang...

Berkongsi di sini.. kerana Allah berfirman dalam surah Ad-Dhuha supaya "menyebut-nyebut tentang nikmat yang Dia berikan". Mohon ampun kepada Allah di atas kekurangan diri.

Tuesday, January 15, 2008

SOHO - Rezeki turun pelbagai bentuk

Masya Allah. Subhanallah. Setelah hampir 4 tahun buat postgraduate.. asyik-asyik buat journal search dalam EBSCO Host dan Ovid... baru-baru ni (sejak dalam seminggu dua minggu lepas) aku baru tahu aku ada access ke BlackwellSynergy dan SpringerLink.... dan hari ini sekali lagi, aku baru tahu aku ada access ke banyak lagi journal seperti ScienceDirect, JSTOR, Emerald... semuanya melalui HUKM Library Portal yang aku gunakan selama ini. Ini sesungguhnya akan sangat-sangat memudahkan usahaku menyiapkan thesis.

Kadang-kadang benda yang dah di depan mata pun kita boleh tak nampak... Bila aku dapat artikel-artikel tu, percuma.. dengan tajuk-tajuk menarik, terasa macam betul-betul dapat durian runtuh! Bagiku, ini adalah satu penemuan yang merupakan rezeki ilmu yang Allah turunkan. Alhamdulillah.

SOHO - Shocking Findings

Today I start my phase 2 research, telephone interview using diagnostic instrument MINI. Making diagnosis of depressive disorders from those who were screened positive for psychological distress.

Honestly, I am surprised. Indeed I am surprised. There are a lot of women over there who are suffering from depression. They struggled with their life. They still go to work, they juggle with their family life and other responsibilities. They need help. The whole afternoon; I made diagnosis, did some counselling and made an appointment to see them again in February. I find it unexpectedly tiring for me...

Sunday, January 13, 2008

Satu Perkelahan

Hari ini buat satu perkelahan, makan-makan sate dan dunkin donut.... aku, Abang, Ain, Asri & Ami. Dengan anak-anak. Sembang-sembang adik beradik ipar duai...

Air dicincang takkan putus
Cubit peha kiri peha kanan terasa sakitnya

Senyum dan airmata
Tangis dan tawa
Dikongsi bersama

Hitam dan putih kehidupan
Hikmah dan suratan
Doa dan pengharapan
Kasih dan sayang
Mengikat persaudaraan

Sesungguhnya banyak yang tak terucapkan

Saturday, January 12, 2008

SOHO - Data Analysis Yang Menggembirakan

Alhamdulillah syukur. Buat data analysis sepanjang hari ini.. Memang suspens betul... mengharap-harap dapat interesting finding, barulah seronok buat discussion.

Kelakarnya dah buat analisis, tak tau pulak nak baca apa maksudnya. Mula-mula aku ingat 'no association between work family conflict, family work conflict' - dan banyak lagi variabel dengan 'psychological distress'... oh, frust gitu... tapi belek-belek.. la salah tengok rupanya. Sebenarnya banyak significant finding p<0.05!

Setakat ini bivariate analysis menunjukkan memang 'psychological distress among married working women are associated with work family conflict'. So my hypothesis is correct! Terasa terubat penat lelah membuat research. Tapi, tak boleh suka-suka sangat... sampailah habis analisis semuanya, ada lagi multivariate analysis yang final. Insya Allah...

Friday, January 11, 2008

Homestay di Kota Emerald

Sebenarnya tak cerita lagi ni.. kita sambut tahun baru Maal Hijrah dengan Homestay di Kota Emerald. "Wah, berkelah la ya..." bak kata Ami.



Syoknya tidur dalam air-cond.. di kedinginan kawasan yang menghijau...

di Homestay Kota Emerald, Rawang..


Pagi-pagi esoknya memang betul-betul berkelah.. makan roti, sup cendawan, mee goreng Mak Teh Sakina dan Dunkin's Doughnut depan TV Plasma yang besar tu. Sedap.. lepas makan-makan kita pun balik...



Jadi.. Homestay Bukit Jati sudah, Homestay Kota Emerald sudah, Homestay Sungai Lang memang dah selalu..



Bila pulak la nak ada orang datang homestay di Bandar Baru Bangi ni...?