Tuesday, February 12, 2008

Selamat Jalan Honda Civic NAF 2889

Setelah 2 bulan 'bekerja dari rumah/dekat dengan rumah' kerana posting elektif, pada pagi Isnin 4 Februari, Honda Civic yang dah lama 'berehat/jalan dekat-dekat' pun meluncur dengan lajunya meredah kesesakan pagi ke Kuala Lumpur.


Sampai Jalan Tun Razak, tiba-tiba ada bunyi pelik dari bawah kereta.. trek tek tek.. trek tek tek... suspen jugak, tapi masih sempat sampai ke kawasan letak kereta hospital dan tak ada apa-apa berlaku lagi. Tapi... tiba-tiba bila nak matikan enjin, enjin tak mati-mati! Dah cabut kunci keluar pun, enjin masih tak mati. Peliknya. Dua-tiga kali cuba on off enjin, sama jugak. Alamak! Apa nak buat ni?! Telefon abang yang dah nak off handphone sebab dah nak naik kapal terbang ke Sabah, dia pun dah tak dapat nak nasihat apa-apa. Tak lama lepas tu nampak asap keluar berkepul-kepul dari enjin... dan beberapa orang yang lalu-lalang pun berhenti menengok. Apa lagi cepat-cepatlah keluar...


Nasib baik tak lama lepas tu enjin pun berhenti sendiri dan asap reda perlahan-lahan. Leganya... tapi tak tau nak buat apa. Biarlah tersadai sampai abang balik dari Sabah. Petang tu aku kenalah balik dengan komuter.


Selepas tersadai 2-3 hari di hospital, akhirnya Honda pun terpaksa ditarik ke bengkel. Selamat Jalan Honda.. entah bertemu lagi entahkan tidak. Tapi itulah Honda yang banyak berjasa, Honda itulah yang bawa aku waktu jadi pengantin 10 tahun dulu, hantar aku 4 kali ke hospital bersalin, Honda yang selalu aku nanti-nantikan setiap petang di Hospital Ipoh dulu menunggu abang jemput aku balik... masih teringat seronoknya bila nampak Honda tu sampai. Honda itulah yang tiap-tiap bulan berulang-alik dari Kuala Kangsar balik ke kampung dulu, yang mengangkat barang bila aku berpindah-randah, yang setia ke HUKM dan HKL sejak 3 tahun yang lalu... masanya mungkin telah tiba untuk mengucapkan selamat jalan kepada Honda yang banyak berjasa. Sob sob sob...


Buat beberapa hari sampai semalam, abang hantar dan ambil aku di HKL. Best jugak! Tak payahlah aku nak bersusah-susah naik komuter sebab abang dengan gembiranya sudi bangun pagi-pagi hantar aku kerja. Bila balik petang-petang, boleh singgah-singgah minum teh dan makan dunkin donut tepi jalan.. bukan selalu dapat peluang begitu!


Sampai hari ini, Honda masih di bengkel lagi.. tapi, hari ni aku mungkin dapat kereta baru!! He he.. he... kereta pinjam dulu, daripada ibu mertuaku.

Thursday, February 7, 2008

Menghantar thesis satu kepuasan

Seminggu terakhir sebelum menghantar thesis; semacam makan thesis, minum thesis, tidur thesis... sungguh meletihkan.

Apa tidaknya, beberapa hari lagi nak hantar, dah agak-agak 80% siap, pensyarah mencadangkan aku perbaiki susunan thesis supaya lebih 'cemerlang'. Dah boleh lulus, katanya. Tapi dia tahu aku macamana, kalau masih ada ruang untuk memperbaiki, takkan nak dibiarkan. Jumpa pensyarah lain pula tentang statistik... dia minta aku tukar nonparametric analysis kepada parametric analysis, kerana aku nak gunakan linear regression untuk membuat kesimpulan tentang penemuan penyelidikan. Bayangkan, beberapa hari lagi nak hantar thesis aku terpaksa buat reanalyzing semua data semula!

Buat editing, susun mukasurat dan setelah bertungkus-lumus.. akhirnya sedia untuk diprint pada pagi Ahad, 3hb Februari, 10.30 pagi. Merdeka!

Hantar untuk binding... dan apa lagi.. selepas itu keluar shopping! Pergi Warta. Pergi Alamanda. Tengahari makan di Pizza Hut, Warta. Malam di kedai kegemaranku; Chicken Rice Shop, Alamanda. Hmmm.. nyum nyum ... Kerabu mangga & pai tee yang memang best sangat.

Beli baju 3 pasang, beli kasut, beli permainan anak-anak... abang pun tumpang sekaki beli baju 3 pasang dan seluar sepasang tu! Tak apa... I deserve it. They also deserve it. We need to reward ourselves when we know we have achieved something!

Satu pencapaian yang manis, siap penyelidikan dan menulis thesis dalam masa 2 bulan.. suatu yang tidak dapat dilupakan. Bila siap thesis ni dan menghampiri berakhirnya pengajianku, dengan melalui segala cabaran yang hebat dan kesukarannya yang kadang-kadang tak terucap; dengan penat lelah dan bertungkus-lumusnya... insya Allah aku tahu.. apa pun cabaran dan kesukaran yang akan datang selepas ini, insyaAllah akan dapat kuhadapi!

Habis thesis.. berakhirlah SOHO; berakhir posting elektif yang boleh bekerja dari rumah ni! Kembalilah aku ke 'tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat tidurku sewaktu oncall' - HKL!