Tuesday, February 12, 2008

Selamat Jalan Honda Civic NAF 2889

Setelah 2 bulan 'bekerja dari rumah/dekat dengan rumah' kerana posting elektif, pada pagi Isnin 4 Februari, Honda Civic yang dah lama 'berehat/jalan dekat-dekat' pun meluncur dengan lajunya meredah kesesakan pagi ke Kuala Lumpur.


Sampai Jalan Tun Razak, tiba-tiba ada bunyi pelik dari bawah kereta.. trek tek tek.. trek tek tek... suspen jugak, tapi masih sempat sampai ke kawasan letak kereta hospital dan tak ada apa-apa berlaku lagi. Tapi... tiba-tiba bila nak matikan enjin, enjin tak mati-mati! Dah cabut kunci keluar pun, enjin masih tak mati. Peliknya. Dua-tiga kali cuba on off enjin, sama jugak. Alamak! Apa nak buat ni?! Telefon abang yang dah nak off handphone sebab dah nak naik kapal terbang ke Sabah, dia pun dah tak dapat nak nasihat apa-apa. Tak lama lepas tu nampak asap keluar berkepul-kepul dari enjin... dan beberapa orang yang lalu-lalang pun berhenti menengok. Apa lagi cepat-cepatlah keluar...


Nasib baik tak lama lepas tu enjin pun berhenti sendiri dan asap reda perlahan-lahan. Leganya... tapi tak tau nak buat apa. Biarlah tersadai sampai abang balik dari Sabah. Petang tu aku kenalah balik dengan komuter.


Selepas tersadai 2-3 hari di hospital, akhirnya Honda pun terpaksa ditarik ke bengkel. Selamat Jalan Honda.. entah bertemu lagi entahkan tidak. Tapi itulah Honda yang banyak berjasa, Honda itulah yang bawa aku waktu jadi pengantin 10 tahun dulu, hantar aku 4 kali ke hospital bersalin, Honda yang selalu aku nanti-nantikan setiap petang di Hospital Ipoh dulu menunggu abang jemput aku balik... masih teringat seronoknya bila nampak Honda tu sampai. Honda itulah yang tiap-tiap bulan berulang-alik dari Kuala Kangsar balik ke kampung dulu, yang mengangkat barang bila aku berpindah-randah, yang setia ke HUKM dan HKL sejak 3 tahun yang lalu... masanya mungkin telah tiba untuk mengucapkan selamat jalan kepada Honda yang banyak berjasa. Sob sob sob...


Buat beberapa hari sampai semalam, abang hantar dan ambil aku di HKL. Best jugak! Tak payahlah aku nak bersusah-susah naik komuter sebab abang dengan gembiranya sudi bangun pagi-pagi hantar aku kerja. Bila balik petang-petang, boleh singgah-singgah minum teh dan makan dunkin donut tepi jalan.. bukan selalu dapat peluang begitu!


Sampai hari ini, Honda masih di bengkel lagi.. tapi, hari ni aku mungkin dapat kereta baru!! He he.. he... kereta pinjam dulu, daripada ibu mertuaku.

No comments: